Thursday, November 5, 2009

CERAMAH KESEDARAN KANSER UDM


Dr Yus sedang beri penerangan mengenai kanser
yang sering menyerang masyarakat Malaysia.

Tajuk : Ceramah Kesedaran Kanser
Tarikh : 29 October 2009 ( khamis)
Masa : 10.00 am - 11.30 am
Tempat : Perkarangan Pejabat Asrama Baru, Kampus KUSZA
Panel : Dr Yusniza, Pusat Kesihatan UDM
Anjuran : Pusat Kesihatan UDM bersama MPP UDM

Kanser Payu Dara?
Kanser Prostat?

ha..ini adalah kanser yang lazim menyerang kita samada si jelita mahupun pria tampan. Program Ceramah Kesedaran Kanser ini pada mulanya adalah dari idea Dr Yus sendiri yang melihat mahasiswa/i UDM kurang memberi response semasa Taklimat MAKNA ( Majlis Kanser Nasional) baru-baru ini. Jadi...ceramah santai ini telah dibuat yang objektifnya sangat mudah iaitu mahu memberi penerangan kepada mahasiswa/i UDM tentang bahayanya kanser dan cara-cara pencegahannya.. BAK kATA oRANG tua-tua... BAik MenceGah darIpada Mengubati,,yela..takkan dah parak baru kita hendak terkial-kial cari penawarnya..ha...........


Jumlah peserta pada awalnya sangat tidak memuaskan. Tapi... atas kerjasama beberapa wakil JPKP Kolej Kediaman dan MPP yang menyeru mahasiswa/i untuk join ceramah ini serta tindakan Pak Zakaria (pemandu ambulans) mengajak mahasiswi yang baru pulang dari kelas dan cafe ke ceramah ini membuahkan hasil. Seramai 57 peserta dapat dikumpulkan. Ia termasuk dengan penyertaan dari pegawai2 keselamatan UDM dan pegawai pejabat asrama baru.Tepat pukul 10.20 pagi..ceramah dimulakan.

Dr Yus yang kelihatan pink pada pagi tersebut bersemangat menyampaikan taklimat berkenaan kanser. Ia dimulakan dengan kanser yang menyerang manusia secara specific mahupun general. Antaranya adalah:
1) Kanser payudara
2) Kanser colorectal (colon + rectam)
3) Kanser Paru-paru
4) Kanser Servik
5) Kanser nasofaring (trakea)
6) Kanser Thyroid (glands)
7) Kanser hati
8) Kanser Perut
9)Kanser Prostat
10) Kanser Lympoma (lymp)

Saya ingin berkongsi beberapa kanser yang mempunyai possibility yang tinggi. Hal ini disebabkan kanser mempunyai 4 tahap jangkitan iaitu berasal dari sel-sel kanser, kawasan organ, organ secara keseluruhannya dan juga mesitalsis (peringkat bahaya). Kaedah rawatannya pula terbahagi kepada 3 peringkat iaitu:
1) Pembedahan - menyingkir atau membuang sel-sel kanser
2) Radiografi
3) Kemoterapi
Kanser payudara

-bergantung pada estrogen ( secondary hormone for women)
-possibilty kepada penghidap adalah dalam lingkungan 20 tahun dan ke atas
Cina ( paling ramai) > Melayu > India
-50% kurang daripada 50 tahun
-95% adalah perempuan dan 5 % lelaki (ha...laki pon ader gak tau)
tanda-tanda
i) datang haid awal
ii) lambat monopos
iii) tak pernah mengandung
kesan
i) kawasan puting
ii) lengan
iii) saiz payudara tak seimbang
iV)terdapat benjolan pada kawasan payudara


Kanser Paru-paru

- Kanser ke-2 yang serang lelaki selepas kanser colorektal
-di trakea ( saluran pernafasan)
-punca utama - MEROKOK
*mempunyai kandungan tar, carbon monoxide dan nikotin yang tinggi
* selain merokok, biasanya yang berada di kawasan kilang, asbestos gas dan arang batu
tanda-tanda
1) batuk yang kronik dan bercampur darah
2) sesak nafas-gas block di arteri dan vena
3) muka pucat/lesi


Kanser prostat

- cecair lebih kurang air mani
- penghidap biasanya berumur lebih 50 tahun
- 80% berumur lebih 60 tahun
tanda-tanda
1) air kencing susah nak keluar
2) sakit ketika buang air kecil
3) keluar darah dari uretra (penis)


*nampaknya Dr Yus agak terkejut apabila dihujani banyak soalan dari mahaiswa/i. Rupa-rupanya mereka begitu berminat untuk mengetahui tentang kanser dan cara-cara awal menanganinya. Selepas itu, terdapat acara cabutan bertuah yang dibuat oleh Presiden MPP UDm dan disampaikan oleh Dr Yus sendiri. Mahasiswa/i yang hadir disediakn jamuan ringan berupa kuih-muih dan juga bihun.
* Tapi...saya suka isi form survey yang diberi... ERM....saya berpandangan, ceramah sebegini perlu diadakan setiap 2 bulan sekali bagi memupuk kesedaran mengenai kepentingan manjaga kesihatan yang betul di kalangan mahasiswa/i kita.

Ader soalan lagi???

p/s- pernah cube hisap rokok tapi batuk tak henti-henti,dah taubat dah pon...hehehe

"KESIHATAN YANG BAIK MENYUMBANG KEPADA
KELUARGA BAHAGIA"

Sudah lama..

Salam sejahtera dan salam 1 malaysia..
wa..dah lame saya tak update blog nie..busy ckit kebelakangan nie..TEST, PROJEK HERBARIUM, PROJEK INSECT COLLECTION, PROPOSAL JEMAAH YDP KEBANGSAAN, KEM 1 MALAYSIA dan lain-lain...hehehe

Kebelakangan ini kita selalu dengar mengenai kejadian lemas di dada akhbar. Samada ia berbentuk kem ataupun mandi manda di kawasan berair. Jika kita perhatikan incident yang berlaku di Kuala Dipang...ia merupakan satu malapetaka apabila Kem 1 Malaysia semua sekolah rendah peringkat Negeri Perak meragut tiga nyawa... perkongsian yang ingin saya ceritakan di sini adalah keadaan jambatan gantung itu yang uzur. memang apabila kita bicarakan mengenai AJAL..itu semua ketentuan Yang Maha Esa...cumanya pihak berwajib perlu melakukan tinjauan di kawasan tersebut secara terperinci sebelum mahu mengadakan sebarang aktiviti di sana. Secara fizikalnya, jambatan gantung itu memang baik tetapi cube kita lihat permukaan kayu yang hampir keseluruhannya reput mampu mengundang maut....imbas kembali---- berita mengatakan terdapat beberapa pelajar sekolah rendah (peserta kem 1 Malaysia) melompat-lompat di atas jambatan gantung itu, dan mengakibatkan tali yang menyokongnya putus dan terjatuh ke dalam sungai yang deras...cerita ini telah disampaikan oleh beberapa saksi yang juga merupakan peserta kem itu...

SAya pernah ke tempat kejadian satu masa dahulu..memang keadaan di sana sangat menarik dan sesuai dijadikan tapak perkhemahan,,,tapi...seperti saya katakan tadi...kemudahan di sana perlu di 'upgradekan' supaya memberi keselesaan kepada pengunjung..tapi sekarang....ia lebih kepada keselamatan pengunjung...'pak guard' di sana pun janganlah tido je....Sekarang tempat kejadian menjadi tumpuan ramai untuk melihat bagaimana incident malang itu berlaku...

Erm....pengajaran ia mudah. PBT (pihak berkuasa tempatan) dan agensi lain perlu mempunyai kerjasama yang baik bagi menyediakan perkhidmatan yang 'tip-top' kepada customer.Saya bercakap di luar isu ini.. jangan la bila sudah berlaku sesuatu perkaraburuk seperti ini,kita baru nak merintih sedih dan menuding jari ke arah pihak lain. Di sektor pekerjaan juga...samada ia milik kerajaan mahupun swasta...perkhidmatan yang mesra pelanggan manjadi asas kepada kemajuan sesuatu syarikat. Kita sepatutnya tidak hanya fikirkan keuntungan semata-mata tapi lebih kepada kepuasan bersama...

Ingat!!!!

When we are dealing with people, we are dealing with their heart and feelings..sometimes, we need to change the rules because it make burden to people, but most of the times, people forget to change their attitude that might cause trouble to the other people...

Tuesday, September 1, 2009

MERDEKA NEGARAku...- sudah 52 tahun....


MERDEKA ! MERDEKA ! MERDEKA !



Ungkapan azimat ini sudah 52 tahun dilaungkan bukan sahaja di Dataran Merdeka tapi mana-mana..Alhamdulillah..negara kita secara rasminya sudah merdeka dari segi 'fizikal' dan pembangunan..banyak bangunan pencakar langit sudah terbina dan menjadi kebanggaan kita lagaknya bagaikan sebuah negara yang sudah lebih seratus tahun merdeka..1) Menara KL, 2)KLCC, 3)pengeluaran kereta nasional,Proton dan banyak lagi kita sudah capai....TERUSKAN KECEMERLANAGNmu MALAYSIA>>

Tahun 2009, .sambutan kemerdekaan tetap sama dengan tahun2 sebelum ini..tetapi....kita menyambunya di Bulan Ramadhan Al-Muabarak (bulan puasa)-pohon mendapat lebih keberkatan. Mana konsert? majlis tari menari? Naah... semua kita eliminate sebabnya kita berada di bulan puasa..nak hormat la katakan..Tapi..sebenarnya itu semua tak perlu...erti kemerdekaan bukanlah hiburan semata2..dan bukanlah perbarisan yang kita mahukan tapi semangat kemerdekaan perlu ditonjolkan dalam diri individu yang bergelar Warganegara Malaysia. Kita sebagai anak jati Malaysia atau malaysian perlu perhalusi kalimah merdeka itu dengan sedalam-dalamnya..saya ingin berkongsi pengertian merdeka mengikut KAMUS MOHAMAD IRFANUDIN BIN ROSLI (kamus baru versi 1)...Merdeka dari segi bahasa adalah kebebasan yang tercapai hasil tuntutan atau usaha menyahkan @ mengusir penjajah dari tanah air kita. Mengikut kata hati atau naluri saya- Merdeka lebih membawa makna sebagai membebaskan diri dan minda kita dari campur tangan pihak luar samada penjajah mahupun mana- mana pihak yang ingin merosakkan ketenteraman dan juga jati diri kita. Selain itu, erti merdeka ialah kita perlu memenangi diri sendiri yakni jangan terbawa-bawa dengan aruhan nafsu yang akan membinasakan diri dalam kita mengejar kemajuan duniawi dan juga ukhrawi..

Bagaimana sambutan merdeka di tempat saudara?..Perkongsian yang saya bawa adalah sambutan di tempat pengajian saya - UDM. nampaknya memang kita tiada sambutan samada dari MPP ataupun UDM sendiri..tapi bendera Kebangsaan tetap digantung...sebenarnya banyak aktiviti yang dirancang tapi terpaksa di bekukan atas 'arahan' dalam menjaga mahasiswa kita dari serangan H1N1..erm..bila la nak abis ek?. Tapi saya harap semua yang berada di UDM tetap dengan semangat kemerdekaan. Sepatutnya kita bersyukur yang bulan kemerdekaan pada tahun ini jatuh pada bulan Ramadhan. Kita berbanyakkan amalan sunat seperti solat sunat hajat dan solat sunat taubat supaya kita dikurniakan sebuah negara yang aman, tenteram dan diredhai Allah SWT selamanya.. InsyaAllah.

Saya bukan mahu berbicara mengenai sejarah Malaysia kerana perkara ini sepatutnya menjadi 'basic' dalam hidup tak kira la pelajar ke..buruh ke..suri rumah atau sesiapun yang selayaknya dipanggil rakyat Malaysia. Memang negara kita kaya dengan pelbagai bangsa , agama dan budaya. Kita patut beryukur kerana dikurniakan perpaduan dan jalinan ukhwah yang harmoni dari dulu sampai sekarang. Mungkin kisah atau peristiwa 16 Mei 1969 menjadi iktibar yang sangat diingati oleh semua orang mengenai 'kesilapan' memahami konsep perpadaun kaum. Semoga peristiwa seumpama ini hanya sebagai rentetan sejarah dan tidak perlu diteruskan sama sekali..Melayu, Cina, India tetap kekal sebagai bangsa utama disamping kaum lain seperti Benggali, Iban, Dusun, Kadazan, Melanau dan lain-lain hidup dengan toleransi di bawah payung kemerdekaan yang sekian lama kita pertahankan.

Saya tertarik dengan tema tahun ini iaitu, "satu malaysia: rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan'. Tema tahun ini yang mana hasil ilham Yang Berbahagia Dato' Seri Najib bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia ke - 6 berjaya membuka mata rakyat Malaysia mengenai kepentingan perpaduan kaum. Mungkin Dato' Seri Najib nanti dinamakan Bapa Perpaduan. Oppzz.... sudah ada..maknanya kne cari Bapa 1 Malaysia ataupun Bapa Evolusi Minda.hehehe... Perjuangan yang ditonjolkan oleh YAB Dato' Seri Najib bin Tun Abdul Razak adalah selaras dengan apa yang telah dibawa oleh bapa beliau,Tun Abdul Razak. Sebagai Bapa Pembangunan, Allayarham Tun Abdul Razak terjenal dengan sifat "turun padangnya'..melawat kampung-kampung dan kawasan sekolah2 luar bandar. Ini cukup untuk memberi pandangan positif rakyat terhadap kepimpinan beliau yang tidak pernah kenal erti penat lelah dalam menyatu padukan rakyat. Dengan tertubuhnya FELDA dan FELCRA, kita dapat lihat ia membantu penuh dalam meningkatkan sosioekonomi orang melayu khususnya yang berada di kawasan-kawasan desa.. SEDARLAH untuk diri kita..erm..

Walaubagaimanapun, kemerdekaan tidak bermakna jika kita sering bercakaran sesama sendiri. Almaklumlah banyak sangat fahaman politik. Berpolitik tidak salah tapi bukan semua 'bahan politik' adalah betul. Kita beria-ia kata sudah mempunyai minda kelas pertama tapi hakikatnya kita sering mahu menyalahkan orang lain. Kita alpa dengan tanggungjawab kita sebagai pemimpin tapi apa yang penting adalah kepentingan peribadi. Isu Islam adalah isu semua. Semua berhak untuk menegetahui hal sebenar tapi jangan pandai2 atau 'ringan mulut' untuk membuat kenyataan kerana ia adalah berkaitan dengan akidah kita sebagai umat ISlam. lagi2 di bualn yang mulia ini. Di kesempatan ini lah sepatutnya naluri mohon kemaafan itu timbul jika betul2 hormati bulan yang mulia ini. Jadikan ia sebagai satu permulaan dalam bentuk muzakarah atau perbincangan. Tidak kira la kita dari parti BN ( dulu Perikatan), Pas, PKR , DAP ataupun mana-mana parti...yang penting adalah kerjasama dalam membangunkan negara, bangsa dan agama. Jika sedar Malaysia adalah negara ISLAM kita bangunkan ikut syariat Islam..tiada kompromi..tiada sekular atau liberal....Hormati pemimpin tetapi pemimpin pun perlu mendengar rintihan dan cadangan dari pihak lain supaya asas perpaduan tetap terpelihara walau kita berada dalam apa jua keadaan sekali pun.





Friday, August 28, 2009

Bazar Ramadhan

Selamat datang ke Bazar Ramadhan Kampus Kusza

Sudah 3 petang saya round kat bazar ramadhan ni..
Memang ramai student kita beli makan dan minum sebagi bekal buka pose..
ha...saya suke tgk gelagat diorang nie..ader yang gelak ketawa..mke serius ya amat dan yang selamba..

Satu 3 ringgit , dua 5 ringgit (pukul 6 ptg)
Satu 2 ringgit, dua 3 ringgit (pukul 7.10 ptg).
Ni lah gelagat student kita masa jual...macm2 gaya..hehehe..macm2 ada (tiru astro la pulak)..wakaka
ok la..
saya nak g bazar ni..
nak ikut?
k...tggu entry baru saya ek..
wassalam

p/s; jgn boros sgt ketika belanja

penemuan tebaru-kulit kerang sebagai ganti material tulang

Sakit tulang belakang?Patah tulang?...saya bersyukur apabila terbaca sebuah berita pada hari ini berkenaan terdapat satu alternatif dalam mengganti atau membaik pulih kecacatan tulang akibat kemalangan. Universiti Putra Malaysia (UPM) telah mengeluarkan produk 'Perencah Bio-seramik 3D berliang' hasil kajian penyelidik di UPM. Produk ini berasal daripada kulit kerang. ye....cengkerang kerang....its because there was contain high calcium and phosphorus that aiding in bone structure...Kejayaan ini telah membuka mata dunia bahawa Malaysia mampu untuk mencipta produk kesihatan.Justify Full
Kini terbukti bahawa kandungan kalsium dan phosphorus yang tinggi dalam cengkerang kerang dapat membantu memperkembangkan sel-sel sumsum tulang yang bermasalah atau terencat..Bagaimana cengkerang kerang ini berfungsi?..ha..sebelum produk tersebut ditanam ke dalam tulang yang ingin dibaik pulih, ia perlu disemai dan dieram terlebih dahulu dengan sel osteoblas yang boleh diperoleh daripada sum sum tulang pesakit...Di samping itu, produk 'Perencah Bio-seramik 3D berliang ' ini boleh dijadikan sebagai bahan-bahan kosmetik. (kaum wanita mesti tersenyum) hehehe

Berita ini sudah tentu menggembirakan seluruh rakyat Malaysia kerana masalah berkaitan dengan tulang semakin bertambah samada dari punca kemalangan, kecacatan ataupun sakit.Saya harap pengkaji dari UPM ini akan meneruskan research mereka memandangkan produk dari cengkerang kerang ini bakal mendapat sambutan yang menggalakkan....Tulang manusia bukan sahaja berfungsi sebagai sistem sokongan dan perlekatan otot2 tapi juga menghasilkan sel darah putih (leukosit) daripada sumsum tulang....Alhamdulillah..Allah sentiasa beri kita jalan jika niat dan tindakan kita adalah betul..Semoga ia akan menjadi perkabaran gembira kepada semua.....

p/s: Sudah 4 hari sakit pinggang la..wa..wa..wa..

ulang alik dari kampus kusza-kampus kota



Memang penat tapi seronok...itu yang mampu saya ungkapkan apabila ditanya perasaan saya yang perlu berulang-alik dari KUSZA ke KOTA...jarak sebenar saya tidak dapat kongsikan di sini tapi berdasarkan meter RX-Z adalah lebih kurang 16 - 18 km untuk satu hala...(ikut laluan gak..hehehe).. Bermula jam 7.15 pagi saya akan start gerak dari KUSZA dgn kelajuan biasa 120 km/j.....tapi apabila jalan clear ley cecah 150km/j..hehehe..ikut mood and situation gak la..DOAKAN KESELAMATAN SAYA YA...

My Class abih usually at 5.30 pm..bila petang confirm jalan bz and selalu stuck kat jalan..lagi2 kat Jambatan Sultan Mahmud.erm..sabar je la..sampai KUSZA kul 6.00 atau 6.15 pm la jugak..there was very wonderful experience when riding on the same road..i can observe alot of people behaviour especially to the worker and staf..memang orang2 Terengganu dah maju..kalau pada tahun 1990-an kita boleh kira jumlah kenderaan yg 'stay' kat jalan2 di Terengganu especially Kuala Terengganu, tapi keadaan kini totally berubah..sibuk bebeno bak kate orang Perak..kekeke.

Kisah explore jalan kat Ganu ni bermula semasa sy pakai motor YAMAHA SPORT 110cc...pakai dalam dua sem pastu jual & amik motor EX5 Dream warna Merah -Meroon..beli kat Teluk Intan plat AGW 9376. EX5 ni arrive kat KT pada 31st Disember 2009..motor idaman saya since form 3..pergh..memg lama baru dapat..yela..beli pakai duit sendiri..alhamdulillah..tapi..malang tak berbau,pada 25 May 2009 moto EX5 saya hilang kat parking blok Khansa'..sedih sagt2 cuz masa tu saya tgh praktikal kat Negeri 9...sampai skunk tak dapat claim lg..mudah2an dapat la cepat..

Papepown skunk saya dah pakai RX-Z merah model tahun 1999 tapi katok la...hehehe..nak bagi cantik ckit.beli kat brader Cabang- 3 cuz dia nak pakai LC.ye la..owg keje kat PAKA..nak layan LC 135 lak la..harga baper?,teka la ek..

Apa yang saya cube kongsikan kat cni adalah dengan jarak perjalanan yang jauh dari KUSZA ke KOTA dan sebaliknya..saya telah melihat pelbagai x-cident. Semalam (27hb Ogos 2009 )- ada 2 x-cident, 1) kat atas Jambatan Sultan Mahmud antara MyVi putih ngan Kancil..langgar belakang..memg jam masa tuh..2)pastu kat jalan pantai Teluk Ketapang lak ada 2 kete berlanggar..yang ni memg dahsyat..teruk DAN remuk..cermin depan kedua2 kereta berkecai pastu bonnet depan tinggal separuh,,,satu lagi kemek di bahagian cc..dah tak nampak rupa kereta dah pown..saya tgk darah mengalir kat atas jalan bercampur dengan minyak petrol yang tumpah..memg ngeri..ramai org berhenti melihat kejadian..INSAF..itu yang mampu saya katakan..Innalillah..semua mangsa dah takde ditempat kejadian myb dah dbawa ke spital kot..

Lepas tu saya pown juz bawak 100km/j je....asyik teringatkan x-cident tu..memg ngeri..
Mungkin ni kenangan saya paling berharga semasa saya memegang position as PRESIDEN MPP UDM 08/09.Saya cuba wat yg terbaik untuk memenuhi kehendak semua pihak..masa, tenaga dan wang ringgit menjadi elemen dalam pengorbanan nie..we can critric whoever we like but..do we think what the person hv done to us? and...do we ask ourselve what we wanna do for our sake of life?..erm..ok2..dont be too serious na..hehehe..papepon saya suke bile ader owg kritik saya , sebab ia menjadi pembakar semangat saya sehinggalah kamu semua kenal siapa diri saya yang sebenar...

renungkanlah..--> (",)
PERJALANAN DARI KUSZA KE KOTA MEMANG MENGAMBIL MASA LAMA DAN PENUH DENGAN RINTANGAN BEGITU JUGA PERJUANGAN SAYA UNTUK UDM.... KALAU HARI INI KITA MEMANDANG SEMUA INI BAGAIKAN TIADA ADA APA-APA YANG BERLAKU.. TAPI KITA AKAN SEDAR KEPENTINGAN 'SESUATU' APABILA KITA 'KEHILANGANNYA' KETIKA KITA AMAT MEMERLUKANNYA KELAK.

'i love UDM'
' I LOVE THE WHOLE RESIDENT INSIDE IT '

Wednesday, August 26, 2009

KELEBIHAN-KELEBIHAN BULAN RAMADHAN - BERSYUKUR PADA YANG ESA



Seperti mana kita tahu, bulan Ramadhan sudah kembali bersama kita. Sebagai umat Islam, kita seharusnya mengucapkan kesyukuran kepada Allah SWT kerana dengan barakahnya memberi kita peluang lagi berjumpa dengan bulan yang paling Mulia-Ramadhan ini. Bulan Ramadhan adalah bulan yang ke -9 dalam Kalendar Islam dimana Umat Islam berlumba-lumba mengerjakan amal ibadah selain kita diwajibkan berpuasa di siang hari. Pada bulan ini masjid menjadi tumpuan masyarakat dengan mengerjakan solat sunat terawikh, tadarus Al-quran dan bersedekah.
Sebagai hambaNya, kita mestilah merebut peluang keemasan ini kerana bulan Ramadhan adalah bulan yang penuh keberkatan. Dalam bulan ini juga terkandung seribu satu kelebihan yang tidak dapat kita cari di bulan-bulan yang lain antaranya adalah:

1. Bersabda Nabi (s.a.w) : Bahawa syurga berlenggang-lenggang ia dan berhias dari setahun ke setahun kerana masuknya bulan Ramadan. Pada awal malam bulan Ramadan bertiup angin di bawah Arasy bergeraklah daun kayu lemah-longlainya di dalam syurga. Terdengarlah desiran daun-daun kayu, hembusan sang bayu syurga yang teramat indahnya.Seni rentak lagunya menawan seluruh perasaan nurani. Maka berhiaslah bidadari sekaliannya lalu berdirilah di atas puncak mercu syurga itu. Lantas bersuaralah bidadari : Adakah orang yang hendak meminang kami kepada Allah, kata bidadari pula: Apakah malam ini namanya? jawab Malek Ridwan (malaikat), Hai bidadari yang cantik manis, inilah malam awal Ramadhan, Lalu Allah berfirman: Hai Ramadhan bukalah pintu syurga Bab AlJanan untuk orang-orang yang berpuasa daripada umat Muhammad (s.a.w). Hai Malek Ridwan tutuplah pintu neraka Al-Jahim daripada umat Muhammad (s.a.w), hai Jibrail belenggukan syaitan, lontarkannya ke dalam lautan supaya tidak membinasakan umat Muhammad akan puasanya.

2. Pada malam Lailatul Qadar disuruh Allah Ta'ala akan Jibrail Alaihisalam turun ke bumi, lalu turunlah Jibrail ke dalam perhimpunan malaikat ke bumi bersamanya bendera hijau lalu dipacakkan ke atas Kaabah, baginya 600 sayapnya , setengahnya tiada dibuka keduanya, melainkan pada malam Lailatul Qadar baharulah dibukakan keduanya, hingga sampai dari timur ke barat ( Musyriq Ke Maghrib ). Untuk menyelamatkan umat Muhammad SAW, lalu memberi salam kepada tiap orang yang berjaga pada malam Lailatul Qadar, beribadah kerana mencari keredaan Allah, dan orang-orang yang duduk beribadah, orang yang sembahyang dan berzikir dan berjabat tangan sesama mereka mukmin dan mengucap amin doa orang-orang mukmin hingga terbit fajar subuh....... berkata para malaikat kepada Jibrail , apakah Allah berikan pada hajat orang mukmin dari umat Muhammad (s.a.w) pada bulan Ramadhan ini? Berkata Jibrail bahawasanya Allah menilik kepada umat Muhammad yang berpuasa dan beribadah padanya dan dimaafkan mereka, diampunkan dosa-dosa mereka, melainkan 4 orang yang tiada diampunkan dosanya: iaitu orang yang kekal minum arak, orang yang derhakakan ibubapanya, orang yang memutuskan sillaturrahim dan orang yang tidak bercakap dengan saudaranya lebih dari 3 hari.

3. Sabda Nabi (s.a.w) : Diberi kepada umatku lima perkara yang belum pernah diberi kepada umat-umat dahulu sebelumnya :
a. Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada kasturi di sisi Allah b. Segala perbelanjaan dan derita lapar selama puasanya adalah syurga balasannya. c. Diampunkan dosa-dosa mereka pada malam Lailatul Qadar. d. Amalan yang dilakukan pada bulan Ramadan digandakan kepada 10 hingga 700 kali ganda. e. Dan mereka dikurniakan nikmat kepada mereka keseronokkan ketika berbuka dan ketika menemui tuhan di akhirat.(Al-Hadith)

4. Sabda Nabi (s.a.w) : Menunaikan yang sunat diberi balasan pahala fardhu, dan amal fardhu diberi balasan 70 kali ganda. Bulan puasa adalah bulan sabar (sabar dalam berbuat taat kepadaNya.), dan sabar itu adalah syurga balasannya bulan ini dilebihkan rezeki kepada hambanya orang mukmin, diampunkan baginya dosa-dosa. Barang siapa memberi makan kepada orang berpuasa pahalanya seperti memerdekakan hamba dan diampunkan dosanya, berkata sahabat : Bagaimana kami tak sanggup memberi makan orang yang berpuasa (berbuka puasa) ya Rasullullah - Allah memberi pahala ini kepada orang yang memberi seteguk susu atau sebiji kurma atau segelas air, barang siapa kenyangkan orang berpuasa diampunkan Tuhan dosanya, diminumkan Tuhan dari kolam Hudh sejenis minuman yang tiada dahaga lagi kemudiannya hingga masuk ia ke syurga dan pahalanya seperti pahala orang berpuasa. (Al-Hadith)

5. Malaikat yang banyak muka bersujud kepada Allah pada hari Qiamat, satu muka sujud , satu muka melihat syurga, satu muka melihat neraka, satu muka melihat Arasy , lalu berkata malaikat itu : Wahai Tuhanku , ampunlah umat Muhammad, kasihanilah mereka! janganlah disiksa orang yang berpuasa Ramadan dari umat Muhammad! (Al-Hadith)


6. Sabda Nabi (s.a.w) : Tidur orang yang berpuasa itu adalah ibadat, dan nafasnya itu adalah tasbih, doanya itu mustajab, dosanya diampunkan Allah, dan amal ibadatnya dilipatgandakan . (Al Hadith)

7. Sabda Nabi (s.a.w) : Tiada daripada seorang hamba berpuasa Ramadan, diam tiada berkata yang sia sia dan daripada yang haram dan yang makruh, dan sentiasa menyebut Allah (berzikrullah), menghalalkan yang dihalalkan Allah, mengharamkan akan yang diharamkan Allah, tiada mengerjakan kejahatan, melainkan sehingga berakhir Ramadan, telah diampunkan baginya segala dosanya, dan tiap tasbih, tiap tahlil, dibinakan sebuah rumah yang terindah di dalam syurga daripada permata zamrud, di dalamnya daripada yaqut merah indah, di dalam rangka permata itu (yaqut) terdapat sebuah khemah, di dalamnya terdapat bidadari ( hurul ain isteri syurga). Terhias dengan permata bercahaya indah yang menerangkan bumi seluruhnya.(Al Hadith).


8. Apabila berakhirlah malam bulan Ramadan, menangislah tujuh petala langit dan tujuh petala bumi, dan segala malaikat, kerana berlalu Ramadhan berlalulah kelebihan, sebab musibah bagi umatku, dan duduk segala malaikat bagi musibah, orang bertanya : Ya Rasullullah, apa itu musibah ? Jawab rasullullah (s.a.w), Kerana segala doa padaNya itu mustajab, sedakah makbul, segala kebajikan digandakan dan siksa kubur diangkat, maka apakah musibah yang terlebih besar daripada ini bagi umatku?! (Al-Hadith)

‘SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK’


SUMBER: Petikan dari buku Fadilat Rejab, Syaaban, Ramadan oleh Budiman Radhi

Thursday, August 20, 2009

PTPTN bukan untuk ‘modal bercinta’ - petikan dari SINAR HARIAN pada 17 JUN 2009



SHAH ALAM – Presiden Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Darul Iman, Terengganu, Mohamad Irfanudin Rosli menyelar tindakan sesetengah mahasiswa yang menyalahgunakan wang pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk tujuan tidak bermanfaat.

Katanya, paling ketara, penyalahgunaan itu digunakan sebagai ‘modal bercinta’ sesama mereka sehingga sanggup menghadiahkan barangan berjenama untuk diberikan kepada pasangan masing-masing.

“Mahasiswa harus guna pinjaman itu untuk membeli barangan keperluan pengajian, selebihnya, boleh menabung untuk kegunaan masa depan.

“Jika mereka dapati ada wang pinjaman yang berlebihan untuk semester itu, tidak salah untuk bagi wang berkenaan pada ibu bapa di kampung. Tetapi, ia haruslah bergantung pada kebijaksanaan mahasiswa mengawal perbelanjaan mereka,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.

Katanya, penyalahgunaan wang pinjaman itu harus ditangani segera agar tidak menular dan menjadi fenomena biasa dalam kalangan mahasiswa.

“Taklimat khusus untuk mahasiswa tentang penggunaan wang pinjaman PTPTN yang sebenarnya akan diadakan dan MPP UDM sebagai badan induk akan bekerjasama dengan fakulti di sini untuk mewujudkan tabung kebajikan mahasiswa.

“Ia masih di peringkat perbincangan dan kita yakin, kewujudan tabung ini dapat membantu mahasiswa menggunakan wang pinjaman dengan sebaik mungkin,” katanya.

Sementara itu, pakar motivasi, Dr Tengku Asmadi Tengku Mohamad mencadangkan pada pihak universiti supaya menganjurkan bengkel pengurusan kewangan kepada semua mahasiswa agar mereka dapat menggunakan wang pinjaman PTPTN dengan baik.

“Kita mahu mahasiswa bijak berbelanja dan mengurus kewangan pada saluran betul.

“Walaupun kita tidak dapat selamatkan semuanya, sekurang-kurangnya kita dapat yakinkan pada sesetengah mahasiswa agar mereka celik wang,” katanya.

Beliau yang juga Presiden Pertubuhan Perunding Latihan dan Motivasi Muslim Malaysia (TAMRIN) menyokong usaha PTPTN wajar mengagih-agihkan wang pinjaman itu secara berperingkat pada setiap semester.

“Bila wang yang banyak masuk, mahasiswa sudah ada pelan untuk beli itu ini. Tidak sampai dua minggu, wang itu habis. Akhirnya, telefon keluarga, mintak masukkan wang belanja.

“Bila masukkan wang secara berperingkat, mahasiswa tidak akan menggunakan wang sewenang-wenangnya dan ini tentu dapat menyelamatkan penyalahgunaan wang pinjaman pada perkara tidak berfaedah,” katanya.


RESPONS

PERBADANAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGI NASIONAL MALAYSIA (PTPTN) sering memberi pinjaman kepada mana-mana pelajar yang mendaftar di IPTA setiap tahun.Seperti mana yang kita tahu, PTPTN ditubuhkan pada tahun 1999 dan memfokuskan kepada pelajar-pelajar yang mendaftar di institut pendidikan tempatan.

Remaja ini, ramai pelajar yang menggunakan perkhidmatan PTPTN 'lalai' kerana tidak bijak menggunakan kemudahan kewangan yang ada untuk menguruskan diri mereka dengan baik. Saya memberi respons tersebut di akhbar Sinar Harian apabila diminta mengulas tentang kesalahan pelajar yang menggunakan wang PTPTN sebagai modal bercinta. Jujur saya katakan....BERCINTA di Universiti tidak salah tapi kena ada pengurusan yang betul dan sistematik. Kita kena ingat, wang tersebut diberikan (pinjaman) adalah untuk memudahkan kita membeli alatan pembelajaran di samping menampung kos kehidupan kita di universiti. Jadi..kita mestilah bijak menggunakannya.

Bagi pelajar yang kurang bernasib baik seperti saya, wang PTPTN sangat bermakna.Bukan sahaja sebagai pembantu dalam pelajaran tapi untuk kegunaan keluarga. Memang semasa semester pertama kita agak 'kaya' dengan wang berganda tapi kita lupa apabila tiba semester kedua wang tersebut akan di potong sebanyak RM 1500.00 sekaligus di samping bayaran yuran akademik dan yuran asrama. Pada waktu ini, kita akan marah kepada pengurusan Universiti kerana berlaku KEJAM terhadap client mereka. NaaAHH......serve your right wahai pelajar...ingat la pada ketika kita peroleh wang yang banyak semasa semester pertama. Kaji semula sewaktu kita beli handphone baru, lap top, pakaian jenama yang amhal dan lain2. Wang itu ke mana? untuk apa sebenarnya??pernah ke kita fikir sebelum-sebelum ini??.....sekarang baru hendak menyesal....entah la sahabat..kamu dah besar kan....fikirla..

Jujur saya katakan, saya sokong bercinta waktu belajar. Ia sudah menjadi trend bagi pelajar-pelajar mencari pasangan waktu begini. Jika kita pernah dihalang oleh pensyarah atau sesiapa pon..mereka melarang kerana tidak mahu diri kita terjerumus ke lembah maksiat dan menjejaskan pelajaran kita. Tapi hakikatnya, mereka 'berpengalaman' dengan situasi bercinta semasa belajar..memang kelakar..tapi penuh dengan nasihat yang kita patut dengar sebagai iktibar dan panduan masa depan kita.. Saya ingin ketengahkan tentang isu pelajar-pelajar yang eager dan stimulated semasa berada di universiti seperti sudah 'boleh dabik dada' kerana berjaya memasuki institusi pengajian tinggi. TOLONGla..kamu masih mentah..dan mungkin nasib sahaja menyebelahi kamu dapat masuk ke tempat sebegini...erm.. MasyaAllah..insaflah adik-adikku..

Saya nak tegur la sikap sahabat-sahabat kita yang bergantung penuh kepada parent. Memang itu tanggungjawab mereka mendidik dan menyara kita tapi kita sepatutnya meringankan beban mereka. "Ma, duit dah abis la." atau "abah, bile nak masukkan duit adik nie?, adik dah takde duit langsung ni.".Ayat-ayat begini adalah sangat lazim bagi pelajar kerana mereka menganggap parent sebagi 'kantung duit' mereka...Bagi saya ia sangat biadap..dahla ibu mengandungkan kita sembilan bulan dan kemudian menjaga makan minum serta pakaian kita hingga kita dewasa..semua duit..duit dan duit... Pernahkah kita berfikir macam mana hendak bantu mereka..tapi kita masih bebankan mereka dengan semua hal ini..

Sahabat..pastikan langkah kita langkah lelaki sejati. Jangan pula kita sentiasa mahu menjaga imej dan brand pakaian kita, kita sanggup membebankan orang tua kita. Modal bercinta biarlah dari sumber pendapatan sendiri kerana dari situ bermulanya keberkatan untuk dirimu dan secara tak langsung menunjukkan bahawa dirimu seorang yang bertanggungjawab. Barulah macho wahai jejaka-jejaka.. Untuk gurl, sikap boros kamu akan makan diri kamu sendiri...sebab wanitalah akan menjadi 'menteri kewangan' dalam sesebuah keluarga. Pengurusan perbelanjaan yang kurang bijak akan merosakkan institusi keluarga keseluruhannya....-pandangan peribadi saya.






Wednesday, August 19, 2009

KEPIMPINAN MENURUT ISLAM =)

Assalamualaikum wrt wbt.

Dewasa ini, kita sering dimomokkan dengan pemimpin yang agresif, radikal, liberal dan sekular. Kesemuanya menjadi isu panas bak ‘goreng pisang’ kerana mereka ini penentu masa depan sesebuah negara, bangsa dan agama. Kita sering memikirkan pemimpin idaman kita yang boleh menepati cita rasa kita sepenuhnya. Tapi… apakah kita berjaya memperolehnya pada hari ini?

Pemimpin-pemimpin besar yang menjadi perhatian dunia seperti Barrack Obama ( Presiden Amerika Syarikat), Mahmoud Ahmadinejad (Presiden Iran), Kim Jong Il (Presiden Korea Utara), Muammar Gadaffi (Presiden Libya) dan sebagainya. Banyak yang diperkatakan mengenai kepimpinan mereka. Ada yang mementingkan keadilan, dan sesetengahnya menjadikan sesuatu isu itu sabagai mendapat belas ehsan dan kepercayaan rakyat semata-mata.

Perubahan tampuk pemerintahan di negara kita tidak kurang hangatnya diperkatakan samada di dalam kampus ini ataupun di luar sana. Ia menjadi isu sensasi malah menjadi isu kempen pilihanraya samada sedang berlangsung ataupun sudah menutup tirai. Kini, Malaysia dikemudi oleh kepimpinan Dato’ Seri Najib bin Tun Abdul Razak dengan konsep SATU MALAYSIAnya. Kita dapat melihat terdapat kesinambungan daripada pemerintahan mantan Perdana Menteri Malaysia ke-5, Tun Abdullah bin Haji Badawi dengan dasar diplomasinya hingga sekarang. Kepimpinan ini terus mendapat kepercayaan rakyat Malaysia yang mahu Malaysia terus membangun mengikut acuan sendiri.

Di sini saya ingin berkongsi serba sedikit mengenai kepimpinan yang bertunjangkan Islam supaya mahasiswa dan mahasiswi tidak keliru kerana kepimpinan Rasulullah saw adalah sangat sempurna dan menepati syariat Islam yang sebenar.

PENGERTIAN KEPIMPINAN

Kepimpinan adalah suatu peranan dan proses mempengaruhi orang lain. Pemimpin adalah sebahagian daripada ahli kumpulan yang diberi kedudukan tertentu dan dijangka bertindak sesuai dengan kedudukannya. Pemimpin juga seorang ahli dalam kumpulan yang diharapkan menggunakan pengaruh dalam melaksana dan mencapai matlamat
kumpulan. Pemimpin yang amanah ialah seorang yang memimpin dan bukan seseorang yang menggunakan kedudukan untuk memimpin.


KEPIMPINAN MENURUT ISLAM

Kepimpinan menjadi tunggak kepada tertegaknya Islam di muka bumi dan kemaslahatan umat. Kepimpinan Islam adalah natijah daripada keimanan dan amal soleh. Seorang pemimpin yang mementingkan diri, kedudukan, kebendaan, jawatan dan sebagainya bukanlah daripada pimpinan Islam sebenar walaupun dilabelkan dengan nama Islam. Kepimpinan dalam Islam merupakan usaha menyeru manusia kepada kebaikan dan melarang manusia daripada keburukan.

Kepimpinan adalah bagi mereka yang layak dan berhak sahaja. Dianggap telah melakukan satu pengkhianatan terhadap agama apabila diangkat seorang pemimpin yang tidak layak. Rasulullah s.a.w. telah memberi peringatan dengan sabda baginda yang bermaksud:

Ertinya:
“Sesiapa yang melantik seorang lelaki sebagai
pemimpin untuk sesuatu golongan, sedangkan di kalangan
mereka masih ada orang lain yang lebih diredhai oleh Allah
daripada lelaki itu, maka dia telah mengkhianati Allah,
Rasul-Nya dan mengkhianati seluruh umat Islam.

Kepimpinan Rasulullah s.a.w. merupakan contoh terbaik dalam menghayati nilai-nilai kepimpinan . Baginda telah meletakkan kepentingan umat Islam mengatasi segala kepentingan diri dan keluarga. Sifat-sifat kepimpinan yang dihayati dan ditonjolkan baginda telah menjadi ikutan para pengikutnya di sepanjang zaman dan setiap generasi. Al-Quran telah menjelaskan:

Ertinya:
“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah
itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang
mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari Kiamat
dan dia banyak menyebut Allah.”
(Surah al-Ahzab: 21)

SYARAT-SYARAT PEMIMPIN

Kepimpinan adalah satu tugas yang besar dan berat tanggungjawabnya. Bagi menentukan kejayaan dan keberkesanannya,Islam telah meletakkan beberapa syarat. Seseorang itu menjadi amir, mufti, qadhi (hakim),daie atau seoarang yang dikenali pada hari ini sebagai menteri, wakil rakyat, penghulu dan lain-lain lagi, dia haruslah tertakluk kepada syarat-syarat khas dan am yang berkaitan dengan tugas dan jawatan masing-masing. Boleh dikatakan syarat-syarat asas ijmak ulama mengenainya ialah:

1. Muslim , aqil baligh dan lelaki.

2. Adil. Bererti tidak fasik, umpamanya tidak meninggalkan solat dan beramal apa yang diketahui. Tidak bercanggah antara perbuatan dan kata-katanya. Tidak menyalahi kitab Allah dan Sunnah Rasulullah s.a.w.

3. Berilmu. Ertinya dia mengetahui perkara-perkara yang berkaitan dengan fardu ain dan fardu kifayah sehingga dapat membezakan yang maaruf dan yang m ungkar. Mengetahui perkara-perkara yang berkaitan dengan kepimpinan.

4. Mempunyai qudrat dan kemampuan. Ertinya mampu bertindak menyelesaikan sesuatu urusan sama ada menggunakan tenaga, perkataan,tulisan atau fikiran dalam apa jua suasana.

5. Beradab mengikut akhlak Islam. Ertinya seseorang pemimpin haruslah mampu memberi contoh teladan mengikut akhlak Islam kepada diri dan orang yang dipimpinnya. Selain itu, di dalam dirinya mengandungi sifat ikhlas, jujur, tidak angkuh, ria dan sebagainya. Ringkasnya, terkumpul di dalam dirinya sifat-sifat terpuji dan jauh daripada sifat-sifat terkeji.

6. Sempurna panca indera dan sihat tubuh badan.

7. Memiliki sifat berlapang dada, tidak mendengar dan menerima umpatan serta pengaduan tanpa usul periksa. Jika perkara ini tidak dapat dijaga, makan diaakan membuka ruang kepada syaitan. Dalam memikul tanggungjawab, pemimpin akan berhadapan dengan berbagai-bagai kerenah pengikutnya, maka perlu baginya menjadi tidak mudah terkesan dengan apa yang disampaikan tanpa memahami keadaan sebenarnya. Pemimpin perlulah mengikut tunjuk ajar Rasulullah s.a.w. sepertimana yang diceritakan oleh Ibn Mas’ud, maksudnya:

Ertinya:
“Tidaklah salah seorang daripada sahabatku
menyampaikan kepadaku sesuatu perkara tentang seseorang
(keburukannya), melainkan sesungguhnya aku suka untuk
keluar menemui kamu dalam keadaan dada yang lapang
(tanpa menyimpan apa-apa perasaan atau prasangka buruk).
(Riwayat Abu Daud dan at-Tirmizi)

8. Mampu menilai dan membuat pengamatan semasa terhadap apa yang berlaku di sekelilingnya secara tepat. Berkemampuan membuat pendirian dan menghubungkaitkan setiap apa yang terjadi dalam masyarakat dan sekelilingnya dengan kemaslahatan umat dan agama. Tidak mudah terpengaruh dengan aliran pemikiran masyarakat dan mempunyai kecerdikan dalam menentukan masa depan.

Tuesday, August 18, 2009

MESYUARAT MAJLIS PERUNDINGAN PELAJAR KEBANGSAAN (MPPK) BIL. 1/2009- BERSAMA Y.A.B TAN SRI DATO' HAJI MUHYIDDIN BIN MOHD YASSIN (TPM)


AGENDA: MAJLIS PERUNDINGAN PELAJAR KEBANGSAAN ( MPPK)
TARIKH: 9 JUN 2009 (SELASA)
MASA: 2.30 - 5.00 PM
TEMPAT: MALAYSIA INTERNATIONAL EXHIBITION & CONVENTION CENTRE (MIECC) , SERI KEMBANGAN

PESERTA: SELURUH MPP IPTA DAN BEBERAPA IPTS SEPERTI UNITEN, MMU, NOTTINGHAM UNIVERSITY, MONASH UNIVERSITY, UTP DAN UNISEL

ViP: DATO' SERI KHALED NORDIN ( MENTERI PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA)
PENGERUSI : Y.A.B TAN SRI DATO' HAJI MUHYIDDIN BIN MOHD YASSIN , TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA MERANGKAP MENTERI PELAJARAN MALAYSIA.

  1. YDP DAN PRESIDEN MPP MENGIRINGI Y.A.B TAN SRI DATO; HAJI MUHYIDDIN BIN YASSIN MASUK KE DALAM DEWAN. SEMUA TETAMU BERDIRI DAN MENYANYIKAN LAGU NEGARAKU. HADIRIN MENGAMBIL TEMPAT MASING-MASING
  2. MAJLIS DIMULAKAN DENGAN KATA-KATA ALUAN OLEH DATO' SERI KHALED NORDIN DAN KEMUDIAN MAJLIS DISERAHKAN KEPADA PENGERUSI MESYUARAT IAITU Y.A.B TAN SRI DATO' HAJI MUHYIDDIN BIN YASSIN
  3. PEMBENTANG2 MULA MEMBENTANGKAN ISU-ISU YANG DIKETENGAHKAN SEMASA PRA-MPPK PADA BULAN FEBRUARI LALU. IA DIMULAI DENGAN:
i) "PEMERKASAAN MUTU DAN KUALITI PENDIDIKAN SEKOLAH-SEKOLAH LUAR BANDAR NEGERI SABAH" OLEH UNIVERSITI MALAYSIA SABAH ( UMS)
ii) "TRANSFORMASI EKONOMI MALAYSIA KE ARAH PERSAINGAN KOMPETITIF" OLEH UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG (UMP)
iii) "CADANGAN PENUBUHAN PUSAT KAJIAN NON-TRADITIONAL SECURITY ISSUES"
OLEH UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA (UPNM)
iv) "ISU PENGANGKUTAN AWAM MELIBATKAN GOLONGAN PELAJAR DAN MAHASISWA" OLEH UNIVERSITI UTARA MALAYSIA (UUM)
v) " PEMBANGUNAN WANITA- PENUBUHAN MAJLIS MAHASISWI NASIONAL (MASIS) OLEH UNIVERSITI MALAYA (UM)

*KESEMUA ISU DIPERSETUJUI OLEH KERAJAAN DAN AKAN MENDAPAT PERHATIAN KHUSUS DAN Y.A.B TPM BERJANJI AKAN MENYELESAIKAN MASALAH-MASALAH YANG DIKETENGAHKAN OLEH WAKIL PELAJAR.

* KPT DAN PTPTN BERSETUJU UNTUK MENGADAKAN PEMOTONGAN PINJAMAN PTPTN SEBANYAK RM 1500.00 YG DIBERIKAN SEMASA KEMASUKAN KE UNIVERSITI SECARA BERPERINGKAT. HAL INI TELAH DIBANGKAITKAN OLEH JEMAAH YDP KEBANGSAAN YANG AHLINYA TERDIRI DARIPADA SEMUA YDP DAN PRESIDEN MPP IPTA YANG MEMOHON AGAR PEMOTONGAN DIBUAT SECARA BERPERINGKAT SUPAYA TIDAK MEMBEBANKAN PARA PELAJAR. TETAPI.....KPT MEMBUAT KEPUTUSAN IA ADALAH HAK AUTONOMI SESEBUAH UNIVERSITI UNTUK MENJALANKAN SISTEM TERSEBUT ATAU SEBALIKNYA.

*SELEPAS SELESAI, TERDAPAT BEBERAPA AHLI JEMAAH YDP KEBANGSAAN BERJUMPA DENGAN Y.A.B TPM UNTUK MEMBERI PERHATIAN TERHADAP KEADAAN POLITIK SEBENAR YANG SEMAKIN MENULAR KE DALAM KAMPUS. HAL INI MENYEBABKAN SISTEM DEMOKRASI YANG BERSIH DI DALAM KAMPUS TELAH 'TERPALIT LUMPUR' DENGAN TANGAN-TANGAN ORANG YANG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB. Y.A.B TPM BERSETUJU DAN MAHUKAN SIASATAN DIJALANKAN KERANA IA MENGGANGGU KETENTERAMAN MAHASISWA.

#KAMI DIBEKALKAN BUKU@ HIMPUNAN KERTAS KERJA MPPK SEPERTI DI ATAS.


PESERTA DARI UDM :
  1. MOHAMAD IRFANUDIN BIN ROSLI (PRESIDEN MPP UDM)
  2. MISLIAN BT SAINI (SETIAUSAHA AGUNG 1)
  3. MUHAMMAD NABIL BIN NURHALIM ( EXCO KEUSAHAWANAN)
  4. SHARIFAH KHADIJAH BT SYED IBRAHIM (EXCO PERTUBUHAN & KELAB)
  5. ONG YEW CHUAN (EXCO HUBUNGAN LUAR)

'TOGETHER WE ASPIRE TOGETHER WE ACHIEVE'


MESYUARAT PRA-MAJLIS PERUNDINGAN PELAJAR KEBANGSAAN (PRA MPPK)



MESYUARAT PRA-MAJLIS PERUNDINGAN PELAJAR KEBANGSAAN ( PRA MPPK)

TARIKH: 27 - 28 FEBRUARI 2009 (JUMAAT-SABTU)
TEMPAT: iNSTITUT LATIHAN KESELAMATAN SOSIAL KWSP (ESSET)
BATU 181/2 , SUNGAI TANGKAS, JALAN BANGI
43000, KAJANG, SELANGOR

PESERTA: SETIAP IPTA WAJIB MENGHANTAR 4 ORANG WAKIL TERDIRI DARIPADA PRESIDEN/YDP, SETIAUSAHA, WAKIL WANITA DAN BUKAN BUMIPUTERA.
UDM: MOHAMAD IRFANUDIN BIN ROSLI (PRESIDEN MPP UDM) SITI NURHIDAYAH BT MAT JALALUDDIN ( TIMB. PRESIDEN) NURFAUZIYAH HANOM BT SAID ( EXCO PERTUBUHAN & KELAB)

PERKARA YG DIBINCANG;
MESYUARAT PRA - MPPK INI ADALAH UNTUK MEMBINCANGKAN TAJUK YANG SESUAI UNTUK DIKETENGAHKAN SEMASA MESYUARAT MPPK SEBENAR. SELAIN ITU, IA JUGA SEBAGAI MEDIUM UNTUK MPP BERSUARA LANTANG BAGI MENYELESAIKAN MASALAH YANG BELUM MEMPEROLEH JALAN PENYELESAIAAN SEBELUM INI. SEMUA 20 IPTA WAJIB HADIR KE MESYUARAT INI ( UUM, UNiMAP, USM, UPSi, UiTM, UKM,UM,UPM, UMK,UMT,UDM, UMP, UTM, UTHM, UMS, UNiMAS, UTeM, USIM, UPNM ) DAN TERDAPAT BEBERAPA IPTS LAIN SEPERTI MONASH UNVERSITI, NOTTINGHAM UNIVERSITI, UNIVERSITI PETRONAS, UNIVERSITI MULTIMEDIA DAN UNITEN.

27 FEBRUARI 2009 (JUMAAT)
3.00 PM - PENDAFTARAN
4.30 PM - TAKLIMAT KPT
6.00 PM - MAKAN MALAM
8.30 PM - SESI 1
- sesi ini menerangkan kepentingan Pra - MPPK. Penerangan dibuat oleh Prof Dr Fauzi yang mahu semua peserta bertindak secara langsung dalam mesyuarat ini. Prof Dr Fauzi membentangkan tentang resolusi yang telah dibuat selepas mesyuarat MPPK tahun lalu diadakan. Walaubagaimanapun terdapat banyak isu yang masih dalam proses penyelesaian dan ada antaranya tidak mendapat perhatian serius dari kerajaan. Oleh yang demikian, terdapat ahli mesyuarat yang tidak berpuas hati memandangkan MPP selaku suara mahasiswa perlu memperjuangkan hak-hak mahasiswa. Akhirnya, ahli mesyuarat bersetuju untuk menyambung isu-isu tersebut pada MPPK kali ini. Antara isu yang hangat diperdebatkan adalah ISU PTPTN, KAD DISKAUN PELAJAR, dan HARGA MAKANAN DI CAFE DALAM KAMPUS.

10.30 pm - MINUM MALAM

28 FEBRUARI 2009 (SABTU)
7.30 AM - SARAPAN
8.30 AM - PERBINCANGAN RESOLUSI
-Kami dipecahkan kepada 5 kumpulan. UDM bersama-sama UM, Unimap dan Uniten dalam satu kumpulan. Kami memilih tajuk Hal Pembangunan Wanita - Penubuhan Majlis Mahasiswi Nasional (MASIS). Pemilihan tajuk ini adalah daripada idea saudari Shah Rizul Ayuni binti Zulkiply, setiausaha agung MPMUM dan mendapat sokongan padu dari peserta lain.Rasional tajuk ini dipilih atas persoalan yang timbul berkenaan hak-hak wanita dalam masyarakat dan ingin bertindak bagai badan yang prihatin dengan segala apa yang berlaku terhadap wanita. Seperti kes Sister in Islam, MASIS mempunyai peranan dalam memberi pandangan mahasiswi tentang isu ini. Mahasiswi juga mempunyai pendirian ynag jitu dan istiqamah dalam menyelesaikan masalah masyarakat samada di dalam kampus mahupun di luar.

Tajuk-tajuk yang menjadi pilihan kumpulan lain adalah:
1) "PEMERKASAAN MUTU DAN KUALITI PENDIDIKAN SEKOLAH-SEKOLAH LUAR BANDAR DI NEGERI SABAH"
2)"TRANSFORMASI EKONOMI MALAYSIA KE ARAH PERSAINGAN KOMPETITIF"
3)"CADANGAN PENUBUHAN PUSAT KAJIAN 'NON-TRADITIONAL SECURITY ISSUES'"
4)"ISU PENGANGKUTAN AWAM MELIBATKAN GOLONGAN PELAJAR DAN MAHASISWA DI MALAYSIA"
5) "PEMBANGUNAN WANITA- PENUBUHAN MAJLIS MAHASISWI NASIONAL (MASIS)"

10.30 AM - MINUM PAGI
11.00 AM - PENYEDIAAN RESOLUSI
1.00 PM - MAKAN TENGAH HARI
2.30 PM - PEMBENTANGAN DAN PENUTUP
5.00 PM - MINUM PETANG DAN BERSURAI

KONVENSYEN KEBANGSAAN: MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR IPTA 2009




Salam..
"Mahasiswa teras Pembangunan modal insan cemerlang" tema bagi KOnvensyen ke-3 yang berlangsung di Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) Parit Raja,Batu Pahat bermula dari 15 - 19 mei 2009.

Konvensyen Kebangsaan MPP IPTA 2009 adalah satu platform yang disediakan khusus untuk wakil pelajar khususnya MPP untuk menyuarakan isu-isu nasional yang berlaku di kampus dan luar kampus. Wakil-wakil pelajar ini berpeluang untuk membentangkan kertas kerja berdasarkan 4 topik teras iaitu: akademik, kepimpinen, sahsiah, dan politik. Konvensyen ini dihadiri oleh wakil-wakil Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, Naib-naib caenselor,Majlis Kepimpinan dan Latihan Universiti (MAKLUM), pensyarah-pensyarah dan mahasiswa-mahasiswi (kira-kira 500 orang).

Universiti Darul Iman Malaysia menghantar 11 orang wakil yg terdiri drp MPP UDM sesi 08/09 yang diketuai oleh Presiden , Mohamad Irfanudin Bin Rosli, Asrul Anwar Bin Anas Bakhtiar,Mislian Saini, Siti Nurhidayah MAt Jalaludin, Nurasil Jasbi, Zulfadli Hadi Rosli, Muhammad Nabil Nurhalim, Muhammad ZAim Rosli, Izenty Bariah bt Ibrahim, dan Wan Muhammad Saiful W M Sabri. Rombongan ini juga turut dihadiri oleh penyelia MPP, Ustaz Rusdi bin Muda selaku Jawatankuasa MAKLUM. Kesemua ahli konvensyen menetap di asrama UTHM.

Kami telah diundi untuk proses pembentangan. Untuk kali pertamanya, Universiti Darul Iman Malaysia mendapat mandat untuk membentangkan kertas kerja berunsurkan akademik. Tajuk yang dipilih adalah Kemahiran Reka Bentuk Kurikulum Bercirikan Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM) dikalangan Pelajar Universiti Darul Iman Malaysia (UDM). Kertas kerja ini mengambil masa selama seminggu untuk disiapkan dengan mendapat kerjasama yang sepenuhnya daripaada pensyarah antaranya adalah Dr Norizan , Madame Azizah (dekan FBK), dan MPP. Kertas kerja ini telah ditapis ketulenannya oleh Presiden (Mohamad Irfanudin Bin Rosli), Setiausaha Agung 1 (Mislian bt Saini), dan Bendahari Kehormat ( Muhammad Faizali bin Johari). Kami memilih tajuk ini adalah untuk mengetengahkan kaedah pembelajaran yang paling sesuai untuk diaplikasikan di seluruh IPTA kerana berdasarkan kajian kami, kami dapati kaedah ini memberi kesan yang positif terhadap prestasi akademik mahasiswa. Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM) atau Problem Based Learning adalah teknik pembelajaran yang memfokuskan kepada kreativiti mahasiswa berbanding kaedah lain yang meletakkan pensyarah sebagi medium penyampaian utama. PBM dapat memaksimumkan daya fikir dan praktikal mahasiswa dalam menyelesaikan masalah samada berkaitan dengan akademik ataupun sosial. Pembentukan kumpulan yang kecil dapat membantu mahasiswa mencari alternatif jalan penyelesaian tanpa terlalu mengharap kepada pensyarah semata-mata. Percambahan idea secara kolektif dapat dibentuk dengan setiap ahli kumpulan perlu bergerak aktif bagi menentukan pembelajaran adalah berkesan.

Pembentang UDM adalah Mohamad Irfanudin (Presiden) pada sesi pagi 17 Mei 2009 bersama-sama wakil dari USM Saudara Mohammad Syafiq bin Abdul Aziz dan wakil UMs, saudara Azrul bin Ibrahim. Ketiga-tiga IPTA ini membawa tajuk AkADEMIk. Pembentangan ini telah dipengerusikan oleh DAtuk Naib CAenselor UMK. Kemudian, terdapat sesi soal jawab mahasiswa terhadap tajuk yang dibentangkan. Setiap pembentang diberi masa selama 20 minit untuk 'mengawal pentas'. Antara pembentang lain adalah terdiri daripada IPTA lain seperti.; UUM,UM,UMK,UKM,UMP,UPNM, USIM, UTM,UTHM, UPM dan UITM.

Berikut adalah tajuk pembentangan;

1) Kesan kedatanagn pelajar asing terhadap penggunaan Bahasa Inggeris di kalangan Pelajar tempatan: Satu tinjauan di Universiti Sains Malaysia (USM)
Pembentang: Mohammad Syafiq bin Abdul Aziz , YDP MPP USM

2) Kemahiran reka Bentuk Kurikulum Bercirikan Pembelajaran Berasakan Masalah (PBM) di kalangan pelajar Universiti Darul Iman Malaysia (UDM)
Pembentang; Mohamad Irfanudin bin Rosli, Presiden MPP UDM

3){Pemerkasaaan Mutru dan Kualiti Pendidikan Sekolah- Sekilah Luar Bandar, Negeri SAbah
Pembentang: Azrul bin Ibrahim, Presiden MPP UMS

4)Pelapis Kepimpinan Mahasiswa: Satu perspektif
Pembentang: Mohamad Hafizul Hailmi bin Masroom, MPP UTM

5)Memperkasa Kepimpinan Mahasiswa: Peranan dan Cabaran di Universit Malaysia Pahang
Pembentang: Mohamad Suffi bin Kamari, YDP MPP UMP

6) Masalah Pelajar Tahun pertama tidak aktif dalam aktiviti pengucapan awam: Tinjauan di Universiti Putra Malaysia (UPM)
Pembentang: Mohamad Syamsul bin Salleh, YDP MPP UPM

7)Program 'Finishing School" membantu meningkatkan kemahiran insaniah: Kajian di UTHM
Pembentang: Amir Hamsah bin Arifin, MPP UTHM

8)Menjana Keunggulan Sahsiah Mahasiswa di IPTA: Melalui Pendidikan Agama sScara Berterusan
Pembentang: Mohd NAjib Taha, MPP USIM

9)Pembangunan Usahawan Siswa Menerusi Kes Perundinagn Universiti Kebangsaan Malaysia terhadap enterprise kecil
Pembentang: Mohd Radzuan Rahid, MPP UKM

10)Peranan Universiti Dalam Pengajian Keusahawanan Dalam Konteks Universiti Utara Malaysia
Pembentang: Mohd Fathudin bin Aladin, MPP UUM

11)Baktisiswa Kajian Sosioekonomi Masyarakat Tempatan
Pembentang: Mohd Kamarul Aripin bin Kasmori, YDP MPP UMK

Saturday, August 15, 2009

INNALILLAH.....pulangnya OPaHku ke Rahmatullah..

Tanggal 27 hb Julai... sy dikejutkan dgn paggilan telefon dari abah....perkabaran opah yg sudah koma 2 hari membuatkan jantung ini berdegup kencang,..ye...opah adalah org yg paling rapat dan sering membuat dri ni tersenyum bila mengingatkan telatah nya... sy terus bergegas beli tiket dan pulang dengn menaiki BAs Kesatuan....
SEdih...itu shaja yg mamp sy katakan. sepnjg perjalanan hy memori indah shj yg berlegar di kepala sy...smpi di Taiping pd pkul 10 pg sy terus ke Hospital Taiping .. wad D2-12..puteri Rahmah..nama opah sy terpapar di bucu katl pesakit.. dengn mesin oksigen serta wayar2 nadi msih melekat di bdan opah.....erm..saya hy mampu beristighfar...sesungguhnya Allah SWT MAHA Mengetahui apa yg terbaik untuk hambaNya... sy menyapa acik sy (ibu tiri) dan kami bergilir menjaga dan membaca surah Yassin di sisi Opah....

Keesokan harinya..sy diminta untuk mebersihkn rumah..ye...sy seorng manakala family semua ke hospital...hy perkara positif dapat sy fikirkan apabila abah memberitahu Opah akn pulang... 'SAYA DAPAT JUMPA OPAH', bisik hati sy...sy pon terus bersihkan rumah serta kamar Opah untuk menyambut kepulangnnya...

TAPI.....
pkul 3.20 ptg..sebuah ambulans smpi ke garaj rumah..acik buka pintu ambulans lantas memeluk erat bdn sy yg masih terpinga-pinga... 'Irfan..Opah kita dah tiada.....'.Saya peluk erat acik..dan menyuruh beliau bersabar...Opah disahkan meninggl dunia akibat kegagaln jantung berfungsi dengn baik..elama koma arwah hy medapat bantuan dr mesin bantuan pernafasan..
sy sgt pilu saat itu...kemudian kami bersama2 menggkat jenazah masuk ke dalam rumah...pada ketika ini anak2 arwah sudah pon berkumpul.. sy masih dengn kerja2 menguruskan hal-hal pengurusan jenazah seperti membeli telekung, brg2 keperluan, serta proses pengebumian..Saya sempat menyiram tubuh arwah dengn air...Ya Allah...muke arwah sungguh menyenagkan hati sesiapa yg melihatnya.. senyuman yg dilemparkan serta kulit arwah semakin cerah..semua ini adalah kekuasaan Yang Maha Esa.

Selepas dikafankan, tepat pkl 5 ptg kami solat jenazah di masjid dan terus ke tanah perkuburan bagi proses pengebumian. PAda ketika talqin dibacakan,,, sy dapati suasana menjadi hening...bunyi burung2 yg berada di sekeliling lantas diam.angin bertiup prlahan....

Muslimin dan muslimat...sy ingin berkongsi cerita ini adalah bagi memberi sedikit iktibar...bukan hendak gah tapi kia disyorkan untuk memberitahu tentang kebaikan org lain dan menjaga keaiban mereka juga.. .arwah opah saya seorng yg berketurunan bangsawan Perak...sifat lazim arwah adalah membaca Al-Quran mahupun doa-doa yg sering diamalkan oleh Rasllullah SAW..Arwah sgt menyayangi keluarganya..tak penah marah mahupun berkasar dengan sesiapa...sy kagum dengn sikap arwah yg menyayangi binatang...arwah boleh memahami kemahuan haiwan peliharaannnya seperti ayam,itik dan kucing...serta boleh berkomunikasi bersama mereka...

Sayang seribu kali sayang.. Al-Fatihah....Allah lebih menyayangi beliau daripada kita...semoga roh Allahyarhamah diletakkan bersama org2 yg beriman dan bertaqwa...Aminn..

*Setiap yang HIDUP pasti akan MATI
*Sesungguhnya...marilah kita menghargai saat yg indah ini bersama nikmat yang Allah SWT berikan ke jalan yg diredhai kerana nikmat Allah adalah sementara sahaja...Kita perlu mengucapkan syukur sekurang-kurangnya setiap kali lepas solat kerana kita dianugerahkan nikmat ISLAM dan IMan berbanding makhluk lain d muka bumi ini.

Kenapa MPP?

Mohamad Irfanudin bin Rosli selaku Presiden MPP UDM sesi 2008/2009 ( =p )

Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Darul Iman Malaysia sesi 2008/2009 mempunyai kekuatan ahli seramai 21 orang. Alhamdulillah...kini usia mpp ini semakin matang dalam perjuangn berteraskan kebajikan dan prestasi pelajar..Selaku Presiden dan ketua family dalam MPP, sy bangga dengn pencapaian yang telah kami dapt pada hari ni.. TAPI... hati ni masih menimbgkan byak perkara yg masih belum memuaskan hati saya..sy kan terus perjuangkan.

Di sini sy igin berkongsi serba sebanyak kenapa sy memilih MPP....
PAda Julai 2007, sy mula mendaftar di UDm..di situ sy tertarik dengn konsep kepimpinan yg telah dianjurkan oleh MPP UDm dan 'sebahagian' pihak pengurusan..sy telah tanam dlm dri yg sy akn jadi salah seorg pemimpin di sini.. InsyaAllah..PAda bulan MAc 2008 berlakulah election utk Majlis Perwakilan Fakulti Pertanian dan Bioteknologi (MPF).. alhamdulillah..sy terpilih mendapat YDP saat tu..sy enjoy bila dapat bekerjasama bersama staf, pensyarah, pihak pengurusan UDm, pelajar senior..OPPZ.. nk gtau sy adalah junior tapi mendapat kepercayaan yg tggi dari abg2 n kakak2 dari fakulti..Terima kasih kepada mereka...HATI CERIA KERJA SEMPURNA..ini lah kata2 semangat sy yg sering gunakan utk motivate dri sy sehingga skunk... Program yg berkonsepkan silaturrahim antara pelajar dan kakitgn Fakulti sering kami utamakan seiring dengan penekanan dalam meningkatkan prestasi akademik pelajar...

Antaranya....
1) HAri Keluarga Fakulti Pertanian dan Bioteknologi kali pertama di Pantai BAtu Burok
2) Solat HAjat di Kampus Kota kerjasama bersama JKK Asrama MAidam +FASKES (FPSK)
3) Buka Puasa Fakulti
4) SAmbutan RAya Aidilfitri
5) Kejohanan Futsal Piala Merdeka kali ke-2
6) Anugerah dekAn kali ke-2
7) Kerjasama brsama Fakulti Dlm Pemilihan Pelajar cemerlang
8) MAjlis Prpisahan Dr GHani- Pensyarah
9) Orientasi Fakulti p & B kali pertama

KEnapa berminat jD MPP?
huhuhu... soalan ni sy plg suka cuz sy melihat mpp perlu bergerak seiring dengn visi dan misi UDM. perkara yg pertama sy nk perjuangkan adalah tentg kebajikan pelajar2 di asrama maidam yg sebelum ni bagaikan 'dianak tirikan'. sy kesal kerana kami pon student udm tapi bile berckap sal kebajikan kami tak dapat sama taraf dengn student di KUsza...2) sy nak kuragkan sistem birokrasi mengikut acuan sendiri. Alhamdulillah.. sy masih percaya cara diplomasi dapat bantu memudahkan kebanyakan proses. Sbg seorg pemimpin perlu memahami keadaan yg sebenar...sy plg benci org yg 'suka menyelar' pentadbiran UDm tapi di tak penah pon cube bagunkan universiti tercinta ini..bg sy...sy berjaya setakat ni... 3)nk ubah mentaliti student yg menjdi pemimpin bukan satu bebanan,,,tapi anugerah yg Allah beri kepada insan yg mempunyai sikap tggungjawab yg tggi... tapi perlaksanaan amanah tu adalah hak dan tggungjawab individu...4)mahu memulihkan kerjasama antara pelajar dengan pihak pengurusan terutama sekali HEPA 5)menigkatkan nama UDm di mata IPT lain......... =)

- MPP bukan shortform untuk majlis pembeban pelajar tapi MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR yg merupakan suara pelajar yg paling laku di Universiti. Saya bersyukur kepada Ilahi kerana memilh sy sebagi seorng pemimpin..Alhamdulillah... sy pernah memimpin satu kumpulan di MRSM dan MAtrik...tp byk yg saya perlu baiki untuk memberi satu impak dalam konteks kepimpinan. kita tak hanya fokus kepada lahiriah tapi rohaniah paling menjadi keutamaan..'dont juge a book from its cover'... YES.. We can define a man by his attire or uniform but we cannt tell the other wat he feels and wants...

- Saya harap mahasiswa akan berlumba2 menjadi pemimpin selepas ini.. berjuanglah dengn apa yag hak dan membendung yang batilll.InsyaAllah ..Allah akn memberkatimu wahai sahabat..jgn termakan momokan org yang pemimpin atau MPP ini adalah bahan atau boneka yg sering dicerca tau dihina. Jika kita tak berani menyahut cabaran..siapa antara kita yang akan berjuang ke arah kebaikan itu?..Fikir-fikirlah..

Saturday, July 25, 2009

LATIHAN INDUSTRI : DENGKIL-SEPANG


ASSALAMUALAIKUM WRT WBT

Salam perpaduan semua sahabat-sahabat...saya baru selesai menjalani latihan industri di Jenderam Hulu, Sepang pada 26 Jun 2009. LAtihan industri ini yang memberi byk ilmu penegetahuan dan pengalaman manis ala2 gula-gula getah n pahit like kopi nie memg takkan saya lupekan. Praktikal ini menguji kekuatan mental dan fizikal saya sepanjang berada di site (tapak fertigasi)- sebulan 3 minggu.Ade 2 org lagi member yg join saya iaitu; Yup n Asrul.

CHAPTER 1
Bermula pada 10 hb Mei 2009 selesai menyudahkan final paper, saya berangkat ke Kuala Lumpur dengn menaiki Bus SANI X-Press. Pergh.. memg sesak..;p. Baygkan masa tu dah la bwk 4 beg. Nak menapak pun terkial2.Tapi dalam bus saya tido je la..penat beb...SAmpai di Stesen Bas Putra bertemu secara kebetulan ngan amirullah(clazmate) n seterusnya asrul.( clazmate n merangkap membe sepraktikal) lalu, ktorang g mkn (brkfst) kat KL sentral. Pstu kteorg gerak la ke Komuter SeRdang manakala Amirullah ke Pusat BAndar.Kat sane Yup dah tggu n kteorg trus diambil oleh staf company ke umah diorg..

Ha....
company tmpt praktikal kami nama dy ELITE SCIENTIFIC INSTRUMENTs SDN BHD di serdang.. Pergh..memg best.. byk site la gak..1st day masuk dah kne present tentag fertigation system.Ley kater one day lepak kat bilik meeting.Alhamdulillah...berjaya gak memuaskan bos kami..Encik Hassim bin Mohamad Isa (tegas la). :-(. tau tak..ader pkara lawak la tjadi kat sini, saya n asrul tak tau nak solat zohor kat maner,. ye la..segan nak ty....kteorg sggup g shuppink kompleks SOUth CIty semata-mata nak solat...memg staf ESI gelakkan kami...muahahaha..malu2x

CHAPTER 2
KAmi kne transfer ke site lak. Kat Jenderam Hulu di mana site ni fokus kepada fertigation system, corn plantation, and goat+lamb+cattle.!st day kat cni memg kne tahan telinga.PAnas2x..huhuhu.tapi sabar tau.. ;). PAs 'check in' hotel kteorg trus wat keje.. nak tgk tak umah kami camaner?ok2...silakan tgk tau..tugas pertama kami adalah kne bengkokkan paip besi structure rain shelter. kami kne siapkan 72 batang paip yg dipanggil GI pipe. selesai je keje kami diberi taklimat oleh Penyelia Ladang, Encik Shahfiee bin Daud. memg best la en Shahfiee ini... kami pggl En Shahfiee 'abang' pastu dia pon paggil kami "Abg'..pape je la...

CHAPTER 3
Awal-awal pagi kne bgun .Stat keje adalah kul 8 sampe kul 5.30 ptg.tapi rehat kul 1-2.
hari kedua kne wat land preparation.kerja-kerja dimulakan dengan mengukur kawasan, mampatkan tanah, cacakkkan paip besi, sambung paip dan plg best menggunakan water level.memg panas n letih..tapi nilah kitakan cabaran sebelum menjadi senang. Bermula pada hari tu..kami terus menjalankan keje dengan penuh komitmen.alhamdulillah..
berikut merupakan tugasan di bahagian ini:
  1. menyediakan 12 bay rainshelter dengan ukuran 64 kaki panjang. 8 kaki lebar dan 9 kaki tinggi
  2. memasang klip pada paip GI menggunakan skru driver
  3. pasang bumbung rainshelter
  4. pasang mulching sbgai "floor" rainshelter untuk elakkan pertumbuhan rumput
  5. korek longkang di setiap bay sebagai saliran air takungan

Friday, June 12, 2009

Mencari Satu Perubahan

Assalamualaikum wbt wrt sya ucapkan kepada semua viewers yang sudi berhenti sejenak ke dalam blog ini. dan terima ksih cuz sudi melapangkan masa membaca coretan sedikit yang dapat saya luahkan walaupun ia mgkin 'first step' saya dlm alam bloggers tapi say igin mencuba sesuatu yang baru...Title saya ini memg sudah lama saya fikirkan.kenapa???
Sebagai seorang khalifah Allah SWT kter tak dapat tidak lari dari melakukan sebarang kesalahan ataupun kesilapan samada kiter rancang taupun tidak...Saya perlukan perubahan!! anda bagaimana pula?...saya ingin berkongsi cerita mengenai perubahan......