Thursday, November 5, 2009

CERAMAH KESEDARAN KANSER UDM


Dr Yus sedang beri penerangan mengenai kanser
yang sering menyerang masyarakat Malaysia.

Tajuk : Ceramah Kesedaran Kanser
Tarikh : 29 October 2009 ( khamis)
Masa : 10.00 am - 11.30 am
Tempat : Perkarangan Pejabat Asrama Baru, Kampus KUSZA
Panel : Dr Yusniza, Pusat Kesihatan UDM
Anjuran : Pusat Kesihatan UDM bersama MPP UDM

Kanser Payu Dara?
Kanser Prostat?

ha..ini adalah kanser yang lazim menyerang kita samada si jelita mahupun pria tampan. Program Ceramah Kesedaran Kanser ini pada mulanya adalah dari idea Dr Yus sendiri yang melihat mahasiswa/i UDM kurang memberi response semasa Taklimat MAKNA ( Majlis Kanser Nasional) baru-baru ini. Jadi...ceramah santai ini telah dibuat yang objektifnya sangat mudah iaitu mahu memberi penerangan kepada mahasiswa/i UDM tentang bahayanya kanser dan cara-cara pencegahannya.. BAK kATA oRANG tua-tua... BAik MenceGah darIpada Mengubati,,yela..takkan dah parak baru kita hendak terkial-kial cari penawarnya..ha...........


Jumlah peserta pada awalnya sangat tidak memuaskan. Tapi... atas kerjasama beberapa wakil JPKP Kolej Kediaman dan MPP yang menyeru mahasiswa/i untuk join ceramah ini serta tindakan Pak Zakaria (pemandu ambulans) mengajak mahasiswi yang baru pulang dari kelas dan cafe ke ceramah ini membuahkan hasil. Seramai 57 peserta dapat dikumpulkan. Ia termasuk dengan penyertaan dari pegawai2 keselamatan UDM dan pegawai pejabat asrama baru.Tepat pukul 10.20 pagi..ceramah dimulakan.

Dr Yus yang kelihatan pink pada pagi tersebut bersemangat menyampaikan taklimat berkenaan kanser. Ia dimulakan dengan kanser yang menyerang manusia secara specific mahupun general. Antaranya adalah:
1) Kanser payudara
2) Kanser colorectal (colon + rectam)
3) Kanser Paru-paru
4) Kanser Servik
5) Kanser nasofaring (trakea)
6) Kanser Thyroid (glands)
7) Kanser hati
8) Kanser Perut
9)Kanser Prostat
10) Kanser Lympoma (lymp)

Saya ingin berkongsi beberapa kanser yang mempunyai possibility yang tinggi. Hal ini disebabkan kanser mempunyai 4 tahap jangkitan iaitu berasal dari sel-sel kanser, kawasan organ, organ secara keseluruhannya dan juga mesitalsis (peringkat bahaya). Kaedah rawatannya pula terbahagi kepada 3 peringkat iaitu:
1) Pembedahan - menyingkir atau membuang sel-sel kanser
2) Radiografi
3) Kemoterapi
Kanser payudara

-bergantung pada estrogen ( secondary hormone for women)
-possibilty kepada penghidap adalah dalam lingkungan 20 tahun dan ke atas
Cina ( paling ramai) > Melayu > India
-50% kurang daripada 50 tahun
-95% adalah perempuan dan 5 % lelaki (ha...laki pon ader gak tau)
tanda-tanda
i) datang haid awal
ii) lambat monopos
iii) tak pernah mengandung
kesan
i) kawasan puting
ii) lengan
iii) saiz payudara tak seimbang
iV)terdapat benjolan pada kawasan payudara


Kanser Paru-paru

- Kanser ke-2 yang serang lelaki selepas kanser colorektal
-di trakea ( saluran pernafasan)
-punca utama - MEROKOK
*mempunyai kandungan tar, carbon monoxide dan nikotin yang tinggi
* selain merokok, biasanya yang berada di kawasan kilang, asbestos gas dan arang batu
tanda-tanda
1) batuk yang kronik dan bercampur darah
2) sesak nafas-gas block di arteri dan vena
3) muka pucat/lesi


Kanser prostat

- cecair lebih kurang air mani
- penghidap biasanya berumur lebih 50 tahun
- 80% berumur lebih 60 tahun
tanda-tanda
1) air kencing susah nak keluar
2) sakit ketika buang air kecil
3) keluar darah dari uretra (penis)


*nampaknya Dr Yus agak terkejut apabila dihujani banyak soalan dari mahaiswa/i. Rupa-rupanya mereka begitu berminat untuk mengetahui tentang kanser dan cara-cara awal menanganinya. Selepas itu, terdapat acara cabutan bertuah yang dibuat oleh Presiden MPP UDm dan disampaikan oleh Dr Yus sendiri. Mahasiswa/i yang hadir disediakn jamuan ringan berupa kuih-muih dan juga bihun.
* Tapi...saya suka isi form survey yang diberi... ERM....saya berpandangan, ceramah sebegini perlu diadakan setiap 2 bulan sekali bagi memupuk kesedaran mengenai kepentingan manjaga kesihatan yang betul di kalangan mahasiswa/i kita.

Ader soalan lagi???

p/s- pernah cube hisap rokok tapi batuk tak henti-henti,dah taubat dah pon...hehehe

"KESIHATAN YANG BAIK MENYUMBANG KEPADA
KELUARGA BAHAGIA"

Sudah lama..

Salam sejahtera dan salam 1 malaysia..
wa..dah lame saya tak update blog nie..busy ckit kebelakangan nie..TEST, PROJEK HERBARIUM, PROJEK INSECT COLLECTION, PROPOSAL JEMAAH YDP KEBANGSAAN, KEM 1 MALAYSIA dan lain-lain...hehehe

Kebelakangan ini kita selalu dengar mengenai kejadian lemas di dada akhbar. Samada ia berbentuk kem ataupun mandi manda di kawasan berair. Jika kita perhatikan incident yang berlaku di Kuala Dipang...ia merupakan satu malapetaka apabila Kem 1 Malaysia semua sekolah rendah peringkat Negeri Perak meragut tiga nyawa... perkongsian yang ingin saya ceritakan di sini adalah keadaan jambatan gantung itu yang uzur. memang apabila kita bicarakan mengenai AJAL..itu semua ketentuan Yang Maha Esa...cumanya pihak berwajib perlu melakukan tinjauan di kawasan tersebut secara terperinci sebelum mahu mengadakan sebarang aktiviti di sana. Secara fizikalnya, jambatan gantung itu memang baik tetapi cube kita lihat permukaan kayu yang hampir keseluruhannya reput mampu mengundang maut....imbas kembali---- berita mengatakan terdapat beberapa pelajar sekolah rendah (peserta kem 1 Malaysia) melompat-lompat di atas jambatan gantung itu, dan mengakibatkan tali yang menyokongnya putus dan terjatuh ke dalam sungai yang deras...cerita ini telah disampaikan oleh beberapa saksi yang juga merupakan peserta kem itu...

SAya pernah ke tempat kejadian satu masa dahulu..memang keadaan di sana sangat menarik dan sesuai dijadikan tapak perkhemahan,,,tapi...seperti saya katakan tadi...kemudahan di sana perlu di 'upgradekan' supaya memberi keselesaan kepada pengunjung..tapi sekarang....ia lebih kepada keselamatan pengunjung...'pak guard' di sana pun janganlah tido je....Sekarang tempat kejadian menjadi tumpuan ramai untuk melihat bagaimana incident malang itu berlaku...

Erm....pengajaran ia mudah. PBT (pihak berkuasa tempatan) dan agensi lain perlu mempunyai kerjasama yang baik bagi menyediakan perkhidmatan yang 'tip-top' kepada customer.Saya bercakap di luar isu ini.. jangan la bila sudah berlaku sesuatu perkaraburuk seperti ini,kita baru nak merintih sedih dan menuding jari ke arah pihak lain. Di sektor pekerjaan juga...samada ia milik kerajaan mahupun swasta...perkhidmatan yang mesra pelanggan manjadi asas kepada kemajuan sesuatu syarikat. Kita sepatutnya tidak hanya fikirkan keuntungan semata-mata tapi lebih kepada kepuasan bersama...

Ingat!!!!

When we are dealing with people, we are dealing with their heart and feelings..sometimes, we need to change the rules because it make burden to people, but most of the times, people forget to change their attitude that might cause trouble to the other people...

Monday, August 31, 2009

MERDEKA NEGARAku...- sudah 52 tahun....


MERDEKA ! MERDEKA ! MERDEKA !



Ungkapan azimat ini sudah 52 tahun dilaungkan bukan sahaja di Dataran Merdeka tapi mana-mana..Alhamdulillah..negara kita secara rasminya sudah merdeka dari segi 'fizikal' dan pembangunan..banyak bangunan pencakar langit sudah terbina dan menjadi kebanggaan kita lagaknya bagaikan sebuah negara yang sudah lebih seratus tahun merdeka..1) Menara KL, 2)KLCC, 3)pengeluaran kereta nasional,Proton dan banyak lagi kita sudah capai....TERUSKAN KECEMERLANAGNmu MALAYSIA>>

Tahun 2009, .sambutan kemerdekaan tetap sama dengan tahun2 sebelum ini..tetapi....kita menyambunya di Bulan Ramadhan Al-Muabarak (bulan puasa)-pohon mendapat lebih keberkatan. Mana konsert? majlis tari menari? Naah... semua kita eliminate sebabnya kita berada di bulan puasa..nak hormat la katakan..Tapi..sebenarnya itu semua tak perlu...erti kemerdekaan bukanlah hiburan semata2..dan bukanlah perbarisan yang kita mahukan tapi semangat kemerdekaan perlu ditonjolkan dalam diri individu yang bergelar Warganegara Malaysia. Kita sebagai anak jati Malaysia atau malaysian perlu perhalusi kalimah merdeka itu dengan sedalam-dalamnya..saya ingin berkongsi pengertian merdeka mengikut KAMUS MOHAMAD IRFANUDIN BIN ROSLI (kamus baru versi 1)...Merdeka dari segi bahasa adalah kebebasan yang tercapai hasil tuntutan atau usaha menyahkan @ mengusir penjajah dari tanah air kita. Mengikut kata hati atau naluri saya- Merdeka lebih membawa makna sebagai membebaskan diri dan minda kita dari campur tangan pihak luar samada penjajah mahupun mana- mana pihak yang ingin merosakkan ketenteraman dan juga jati diri kita. Selain itu, erti merdeka ialah kita perlu memenangi diri sendiri yakni jangan terbawa-bawa dengan aruhan nafsu yang akan membinasakan diri dalam kita mengejar kemajuan duniawi dan juga ukhrawi..

Bagaimana sambutan merdeka di tempat saudara?..Perkongsian yang saya bawa adalah sambutan di tempat pengajian saya - UDM. nampaknya memang kita tiada sambutan samada dari MPP ataupun UDM sendiri..tapi bendera Kebangsaan tetap digantung...sebenarnya banyak aktiviti yang dirancang tapi terpaksa di bekukan atas 'arahan' dalam menjaga mahasiswa kita dari serangan H1N1..erm..bila la nak abis ek?. Tapi saya harap semua yang berada di UDM tetap dengan semangat kemerdekaan. Sepatutnya kita bersyukur yang bulan kemerdekaan pada tahun ini jatuh pada bulan Ramadhan. Kita berbanyakkan amalan sunat seperti solat sunat hajat dan solat sunat taubat supaya kita dikurniakan sebuah negara yang aman, tenteram dan diredhai Allah SWT selamanya.. InsyaAllah.

Saya bukan mahu berbicara mengenai sejarah Malaysia kerana perkara ini sepatutnya menjadi 'basic' dalam hidup tak kira la pelajar ke..buruh ke..suri rumah atau sesiapun yang selayaknya dipanggil rakyat Malaysia. Memang negara kita kaya dengan pelbagai bangsa , agama dan budaya. Kita patut beryukur kerana dikurniakan perpaduan dan jalinan ukhwah yang harmoni dari dulu sampai sekarang. Mungkin kisah atau peristiwa 16 Mei 1969 menjadi iktibar yang sangat diingati oleh semua orang mengenai 'kesilapan' memahami konsep perpadaun kaum. Semoga peristiwa seumpama ini hanya sebagai rentetan sejarah dan tidak perlu diteruskan sama sekali..Melayu, Cina, India tetap kekal sebagai bangsa utama disamping kaum lain seperti Benggali, Iban, Dusun, Kadazan, Melanau dan lain-lain hidup dengan toleransi di bawah payung kemerdekaan yang sekian lama kita pertahankan.

Saya tertarik dengan tema tahun ini iaitu, "satu malaysia: rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan'. Tema tahun ini yang mana hasil ilham Yang Berbahagia Dato' Seri Najib bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia ke - 6 berjaya membuka mata rakyat Malaysia mengenai kepentingan perpaduan kaum. Mungkin Dato' Seri Najib nanti dinamakan Bapa Perpaduan. Oppzz.... sudah ada..maknanya kne cari Bapa 1 Malaysia ataupun Bapa Evolusi Minda.hehehe... Perjuangan yang ditonjolkan oleh YAB Dato' Seri Najib bin Tun Abdul Razak adalah selaras dengan apa yang telah dibawa oleh bapa beliau,Tun Abdul Razak. Sebagai Bapa Pembangunan, Allayarham Tun Abdul Razak terjenal dengan sifat "turun padangnya'..melawat kampung-kampung dan kawasan sekolah2 luar bandar. Ini cukup untuk memberi pandangan positif rakyat terhadap kepimpinan beliau yang tidak pernah kenal erti penat lelah dalam menyatu padukan rakyat. Dengan tertubuhnya FELDA dan FELCRA, kita dapat lihat ia membantu penuh dalam meningkatkan sosioekonomi orang melayu khususnya yang berada di kawasan-kawasan desa.. SEDARLAH untuk diri kita..erm..

Walaubagaimanapun, kemerdekaan tidak bermakna jika kita sering bercakaran sesama sendiri. Almaklumlah banyak sangat fahaman politik. Berpolitik tidak salah tapi bukan semua 'bahan politik' adalah betul. Kita beria-ia kata sudah mempunyai minda kelas pertama tapi hakikatnya kita sering mahu menyalahkan orang lain. Kita alpa dengan tanggungjawab kita sebagai pemimpin tapi apa yang penting adalah kepentingan peribadi. Isu Islam adalah isu semua. Semua berhak untuk menegetahui hal sebenar tapi jangan pandai2 atau 'ringan mulut' untuk membuat kenyataan kerana ia adalah berkaitan dengan akidah kita sebagai umat ISlam. lagi2 di bualn yang mulia ini. Di kesempatan ini lah sepatutnya naluri mohon kemaafan itu timbul jika betul2 hormati bulan yang mulia ini. Jadikan ia sebagai satu permulaan dalam bentuk muzakarah atau perbincangan. Tidak kira la kita dari parti BN ( dulu Perikatan), Pas, PKR , DAP ataupun mana-mana parti...yang penting adalah kerjasama dalam membangunkan negara, bangsa dan agama. Jika sedar Malaysia adalah negara ISLAM kita bangunkan ikut syariat Islam..tiada kompromi..tiada sekular atau liberal....Hormati pemimpin tetapi pemimpin pun perlu mendengar rintihan dan cadangan dari pihak lain supaya asas perpaduan tetap terpelihara walau kita berada dalam apa jua keadaan sekali pun.





Friday, August 28, 2009

Bazar Ramadhan

Selamat datang ke Bazar Ramadhan Kampus Kusza

Sudah 3 petang saya round kat bazar ramadhan ni..
Memang ramai student kita beli makan dan minum sebagi bekal buka pose..
ha...saya suke tgk gelagat diorang nie..ader yang gelak ketawa..mke serius ya amat dan yang selamba..

Satu 3 ringgit , dua 5 ringgit (pukul 6 ptg)
Satu 2 ringgit, dua 3 ringgit (pukul 7.10 ptg).
Ni lah gelagat student kita masa jual...macm2 gaya..hehehe..macm2 ada (tiru astro la pulak)..wakaka
ok la..
saya nak g bazar ni..
nak ikut?
k...tggu entry baru saya ek..
wassalam

p/s; jgn boros sgt ketika belanja

penemuan tebaru-kulit kerang sebagai ganti material tulang

Sakit tulang belakang?Patah tulang?...saya bersyukur apabila terbaca sebuah berita pada hari ini berkenaan terdapat satu alternatif dalam mengganti atau membaik pulih kecacatan tulang akibat kemalangan. Universiti Putra Malaysia (UPM) telah mengeluarkan produk 'Perencah Bio-seramik 3D berliang' hasil kajian penyelidik di UPM. Produk ini berasal daripada kulit kerang. ye....cengkerang kerang....its because there was contain high calcium and phosphorus that aiding in bone structure...Kejayaan ini telah membuka mata dunia bahawa Malaysia mampu untuk mencipta produk kesihatan.Justify Full
Kini terbukti bahawa kandungan kalsium dan phosphorus yang tinggi dalam cengkerang kerang dapat membantu memperkembangkan sel-sel sumsum tulang yang bermasalah atau terencat..Bagaimana cengkerang kerang ini berfungsi?..ha..sebelum produk tersebut ditanam ke dalam tulang yang ingin dibaik pulih, ia perlu disemai dan dieram terlebih dahulu dengan sel osteoblas yang boleh diperoleh daripada sum sum tulang pesakit...Di samping itu, produk 'Perencah Bio-seramik 3D berliang ' ini boleh dijadikan sebagai bahan-bahan kosmetik. (kaum wanita mesti tersenyum) hehehe

Berita ini sudah tentu menggembirakan seluruh rakyat Malaysia kerana masalah berkaitan dengan tulang semakin bertambah samada dari punca kemalangan, kecacatan ataupun sakit.Saya harap pengkaji dari UPM ini akan meneruskan research mereka memandangkan produk dari cengkerang kerang ini bakal mendapat sambutan yang menggalakkan....Tulang manusia bukan sahaja berfungsi sebagai sistem sokongan dan perlekatan otot2 tapi juga menghasilkan sel darah putih (leukosit) daripada sumsum tulang....Alhamdulillah..Allah sentiasa beri kita jalan jika niat dan tindakan kita adalah betul..Semoga ia akan menjadi perkabaran gembira kepada semua.....

p/s: Sudah 4 hari sakit pinggang la..wa..wa..wa..

Thursday, August 27, 2009

ulang alik dari kampus kusza-kampus kota



Memang penat tapi seronok...itu yang mampu saya ungkapkan apabila ditanya perasaan saya yang perlu berulang-alik dari KUSZA ke KOTA...jarak sebenar saya tidak dapat kongsikan di sini tapi berdasarkan meter RX-Z adalah lebih kurang 16 - 18 km untuk satu hala...(ikut laluan gak..hehehe).. Bermula jam 7.15 pagi saya akan start gerak dari KUSZA dgn kelajuan biasa 120 km/j.....tapi apabila jalan clear ley cecah 150km/j..hehehe..ikut mood and situation gak la..DOAKAN KESELAMATAN SAYA YA...

My Class abih usually at 5.30 pm..bila petang confirm jalan bz and selalu stuck kat jalan..lagi2 kat Jambatan Sultan Mahmud.erm..sabar je la..sampai KUSZA kul 6.00 atau 6.15 pm la jugak..there was very wonderful experience when riding on the same road..i can observe alot of people behaviour especially to the worker and staf..memang orang2 Terengganu dah maju..kalau pada tahun 1990-an kita boleh kira jumlah kenderaan yg 'stay' kat jalan2 di Terengganu especially Kuala Terengganu, tapi keadaan kini totally berubah..sibuk bebeno bak kate orang Perak..kekeke.

Kisah explore jalan kat Ganu ni bermula semasa sy pakai motor YAMAHA SPORT 110cc...pakai dalam dua sem pastu jual & amik motor EX5 Dream warna Merah -Meroon..beli kat Teluk Intan plat AGW 9376. EX5 ni arrive kat KT pada 31st Disember 2009..motor idaman saya since form 3..pergh..memg lama baru dapat..yela..beli pakai duit sendiri..alhamdulillah..tapi..malang tak berbau,pada 25 May 2009 moto EX5 saya hilang kat parking blok Khansa'..sedih sagt2 cuz masa tu saya tgh praktikal kat Negeri 9...sampai skunk tak dapat claim lg..mudah2an dapat la cepat..

Papepown skunk saya dah pakai RX-Z merah model tahun 1999 tapi katok la...hehehe..nak bagi cantik ckit.beli kat brader Cabang- 3 cuz dia nak pakai LC.ye la..owg keje kat PAKA..nak layan LC 135 lak la..harga baper?,teka la ek..

Apa yang saya cube kongsikan kat cni adalah dengan jarak perjalanan yang jauh dari KUSZA ke KOTA dan sebaliknya..saya telah melihat pelbagai x-cident. Semalam (27hb Ogos 2009 )- ada 2 x-cident, 1) kat atas Jambatan Sultan Mahmud antara MyVi putih ngan Kancil..langgar belakang..memg jam masa tuh..2)pastu kat jalan pantai Teluk Ketapang lak ada 2 kete berlanggar..yang ni memg dahsyat..teruk DAN remuk..cermin depan kedua2 kereta berkecai pastu bonnet depan tinggal separuh,,,satu lagi kemek di bahagian cc..dah tak nampak rupa kereta dah pown..saya tgk darah mengalir kat atas jalan bercampur dengan minyak petrol yang tumpah..memg ngeri..ramai org berhenti melihat kejadian..INSAF..itu yang mampu saya katakan..Innalillah..semua mangsa dah takde ditempat kejadian myb dah dbawa ke spital kot..

Lepas tu saya pown juz bawak 100km/j je....asyik teringatkan x-cident tu..memg ngeri..
Mungkin ni kenangan saya paling berharga semasa saya memegang position as PRESIDEN MPP UDM 08/09.Saya cuba wat yg terbaik untuk memenuhi kehendak semua pihak..masa, tenaga dan wang ringgit menjadi elemen dalam pengorbanan nie..we can critric whoever we like but..do we think what the person hv done to us? and...do we ask ourselve what we wanna do for our sake of life?..erm..ok2..dont be too serious na..hehehe..papepon saya suke bile ader owg kritik saya , sebab ia menjadi pembakar semangat saya sehinggalah kamu semua kenal siapa diri saya yang sebenar...

renungkanlah..--> (",)
PERJALANAN DARI KUSZA KE KOTA MEMANG MENGAMBIL MASA LAMA DAN PENUH DENGAN RINTANGAN BEGITU JUGA PERJUANGAN SAYA UNTUK UDM.... KALAU HARI INI KITA MEMANDANG SEMUA INI BAGAIKAN TIADA ADA APA-APA YANG BERLAKU.. TAPI KITA AKAN SEDAR KEPENTINGAN 'SESUATU' APABILA KITA 'KEHILANGANNYA' KETIKA KITA AMAT MEMERLUKANNYA KELAK.

'i love UDM'
' I LOVE THE WHOLE RESIDENT INSIDE IT '

Wednesday, August 26, 2009

KELEBIHAN-KELEBIHAN BULAN RAMADHAN - BERSYUKUR PADA YANG ESA



Seperti mana kita tahu, bulan Ramadhan sudah kembali bersama kita. Sebagai umat Islam, kita seharusnya mengucapkan kesyukuran kepada Allah SWT kerana dengan barakahnya memberi kita peluang lagi berjumpa dengan bulan yang paling Mulia-Ramadhan ini. Bulan Ramadhan adalah bulan yang ke -9 dalam Kalendar Islam dimana Umat Islam berlumba-lumba mengerjakan amal ibadah selain kita diwajibkan berpuasa di siang hari. Pada bulan ini masjid menjadi tumpuan masyarakat dengan mengerjakan solat sunat terawikh, tadarus Al-quran dan bersedekah.
Sebagai hambaNya, kita mestilah merebut peluang keemasan ini kerana bulan Ramadhan adalah bulan yang penuh keberkatan. Dalam bulan ini juga terkandung seribu satu kelebihan yang tidak dapat kita cari di bulan-bulan yang lain antaranya adalah:

1. Bersabda Nabi (s.a.w) : Bahawa syurga berlenggang-lenggang ia dan berhias dari setahun ke setahun kerana masuknya bulan Ramadan. Pada awal malam bulan Ramadan bertiup angin di bawah Arasy bergeraklah daun kayu lemah-longlainya di dalam syurga. Terdengarlah desiran daun-daun kayu, hembusan sang bayu syurga yang teramat indahnya.Seni rentak lagunya menawan seluruh perasaan nurani. Maka berhiaslah bidadari sekaliannya lalu berdirilah di atas puncak mercu syurga itu. Lantas bersuaralah bidadari : Adakah orang yang hendak meminang kami kepada Allah, kata bidadari pula: Apakah malam ini namanya? jawab Malek Ridwan (malaikat), Hai bidadari yang cantik manis, inilah malam awal Ramadhan, Lalu Allah berfirman: Hai Ramadhan bukalah pintu syurga Bab AlJanan untuk orang-orang yang berpuasa daripada umat Muhammad (s.a.w). Hai Malek Ridwan tutuplah pintu neraka Al-Jahim daripada umat Muhammad (s.a.w), hai Jibrail belenggukan syaitan, lontarkannya ke dalam lautan supaya tidak membinasakan umat Muhammad akan puasanya.

2. Pada malam Lailatul Qadar disuruh Allah Ta'ala akan Jibrail Alaihisalam turun ke bumi, lalu turunlah Jibrail ke dalam perhimpunan malaikat ke bumi bersamanya bendera hijau lalu dipacakkan ke atas Kaabah, baginya 600 sayapnya , setengahnya tiada dibuka keduanya, melainkan pada malam Lailatul Qadar baharulah dibukakan keduanya, hingga sampai dari timur ke barat ( Musyriq Ke Maghrib ). Untuk menyelamatkan umat Muhammad SAW, lalu memberi salam kepada tiap orang yang berjaga pada malam Lailatul Qadar, beribadah kerana mencari keredaan Allah, dan orang-orang yang duduk beribadah, orang yang sembahyang dan berzikir dan berjabat tangan sesama mereka mukmin dan mengucap amin doa orang-orang mukmin hingga terbit fajar subuh....... berkata para malaikat kepada Jibrail , apakah Allah berikan pada hajat orang mukmin dari umat Muhammad (s.a.w) pada bulan Ramadhan ini? Berkata Jibrail bahawasanya Allah menilik kepada umat Muhammad yang berpuasa dan beribadah padanya dan dimaafkan mereka, diampunkan dosa-dosa mereka, melainkan 4 orang yang tiada diampunkan dosanya: iaitu orang yang kekal minum arak, orang yang derhakakan ibubapanya, orang yang memutuskan sillaturrahim dan orang yang tidak bercakap dengan saudaranya lebih dari 3 hari.

3. Sabda Nabi (s.a.w) : Diberi kepada umatku lima perkara yang belum pernah diberi kepada umat-umat dahulu sebelumnya :
a. Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada kasturi di sisi Allah b. Segala perbelanjaan dan derita lapar selama puasanya adalah syurga balasannya. c. Diampunkan dosa-dosa mereka pada malam Lailatul Qadar. d. Amalan yang dilakukan pada bulan Ramadan digandakan kepada 10 hingga 700 kali ganda. e. Dan mereka dikurniakan nikmat kepada mereka keseronokkan ketika berbuka dan ketika menemui tuhan di akhirat.(Al-Hadith)

4. Sabda Nabi (s.a.w) : Menunaikan yang sunat diberi balasan pahala fardhu, dan amal fardhu diberi balasan 70 kali ganda. Bulan puasa adalah bulan sabar (sabar dalam berbuat taat kepadaNya.), dan sabar itu adalah syurga balasannya bulan ini dilebihkan rezeki kepada hambanya orang mukmin, diampunkan baginya dosa-dosa. Barang siapa memberi makan kepada orang berpuasa pahalanya seperti memerdekakan hamba dan diampunkan dosanya, berkata sahabat : Bagaimana kami tak sanggup memberi makan orang yang berpuasa (berbuka puasa) ya Rasullullah - Allah memberi pahala ini kepada orang yang memberi seteguk susu atau sebiji kurma atau segelas air, barang siapa kenyangkan orang berpuasa diampunkan Tuhan dosanya, diminumkan Tuhan dari kolam Hudh sejenis minuman yang tiada dahaga lagi kemudiannya hingga masuk ia ke syurga dan pahalanya seperti pahala orang berpuasa. (Al-Hadith)

5. Malaikat yang banyak muka bersujud kepada Allah pada hari Qiamat, satu muka sujud , satu muka melihat syurga, satu muka melihat neraka, satu muka melihat Arasy , lalu berkata malaikat itu : Wahai Tuhanku , ampunlah umat Muhammad, kasihanilah mereka! janganlah disiksa orang yang berpuasa Ramadan dari umat Muhammad! (Al-Hadith)


6. Sabda Nabi (s.a.w) : Tidur orang yang berpuasa itu adalah ibadat, dan nafasnya itu adalah tasbih, doanya itu mustajab, dosanya diampunkan Allah, dan amal ibadatnya dilipatgandakan . (Al Hadith)

7. Sabda Nabi (s.a.w) : Tiada daripada seorang hamba berpuasa Ramadan, diam tiada berkata yang sia sia dan daripada yang haram dan yang makruh, dan sentiasa menyebut Allah (berzikrullah), menghalalkan yang dihalalkan Allah, mengharamkan akan yang diharamkan Allah, tiada mengerjakan kejahatan, melainkan sehingga berakhir Ramadan, telah diampunkan baginya segala dosanya, dan tiap tasbih, tiap tahlil, dibinakan sebuah rumah yang terindah di dalam syurga daripada permata zamrud, di dalamnya daripada yaqut merah indah, di dalam rangka permata itu (yaqut) terdapat sebuah khemah, di dalamnya terdapat bidadari ( hurul ain isteri syurga). Terhias dengan permata bercahaya indah yang menerangkan bumi seluruhnya.(Al Hadith).


8. Apabila berakhirlah malam bulan Ramadan, menangislah tujuh petala langit dan tujuh petala bumi, dan segala malaikat, kerana berlalu Ramadhan berlalulah kelebihan, sebab musibah bagi umatku, dan duduk segala malaikat bagi musibah, orang bertanya : Ya Rasullullah, apa itu musibah ? Jawab rasullullah (s.a.w), Kerana segala doa padaNya itu mustajab, sedakah makbul, segala kebajikan digandakan dan siksa kubur diangkat, maka apakah musibah yang terlebih besar daripada ini bagi umatku?! (Al-Hadith)

‘SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK’


SUMBER: Petikan dari buku Fadilat Rejab, Syaaban, Ramadan oleh Budiman Radhi