Tuesday, September 1, 2009

MERDEKA NEGARAku...- sudah 52 tahun....


MERDEKA ! MERDEKA ! MERDEKA !



Ungkapan azimat ini sudah 52 tahun dilaungkan bukan sahaja di Dataran Merdeka tapi mana-mana..Alhamdulillah..negara kita secara rasminya sudah merdeka dari segi 'fizikal' dan pembangunan..banyak bangunan pencakar langit sudah terbina dan menjadi kebanggaan kita lagaknya bagaikan sebuah negara yang sudah lebih seratus tahun merdeka..1) Menara KL, 2)KLCC, 3)pengeluaran kereta nasional,Proton dan banyak lagi kita sudah capai....TERUSKAN KECEMERLANAGNmu MALAYSIA>>

Tahun 2009, .sambutan kemerdekaan tetap sama dengan tahun2 sebelum ini..tetapi....kita menyambunya di Bulan Ramadhan Al-Muabarak (bulan puasa)-pohon mendapat lebih keberkatan. Mana konsert? majlis tari menari? Naah... semua kita eliminate sebabnya kita berada di bulan puasa..nak hormat la katakan..Tapi..sebenarnya itu semua tak perlu...erti kemerdekaan bukanlah hiburan semata2..dan bukanlah perbarisan yang kita mahukan tapi semangat kemerdekaan perlu ditonjolkan dalam diri individu yang bergelar Warganegara Malaysia. Kita sebagai anak jati Malaysia atau malaysian perlu perhalusi kalimah merdeka itu dengan sedalam-dalamnya..saya ingin berkongsi pengertian merdeka mengikut KAMUS MOHAMAD IRFANUDIN BIN ROSLI (kamus baru versi 1)...Merdeka dari segi bahasa adalah kebebasan yang tercapai hasil tuntutan atau usaha menyahkan @ mengusir penjajah dari tanah air kita. Mengikut kata hati atau naluri saya- Merdeka lebih membawa makna sebagai membebaskan diri dan minda kita dari campur tangan pihak luar samada penjajah mahupun mana- mana pihak yang ingin merosakkan ketenteraman dan juga jati diri kita. Selain itu, erti merdeka ialah kita perlu memenangi diri sendiri yakni jangan terbawa-bawa dengan aruhan nafsu yang akan membinasakan diri dalam kita mengejar kemajuan duniawi dan juga ukhrawi..

Bagaimana sambutan merdeka di tempat saudara?..Perkongsian yang saya bawa adalah sambutan di tempat pengajian saya - UDM. nampaknya memang kita tiada sambutan samada dari MPP ataupun UDM sendiri..tapi bendera Kebangsaan tetap digantung...sebenarnya banyak aktiviti yang dirancang tapi terpaksa di bekukan atas 'arahan' dalam menjaga mahasiswa kita dari serangan H1N1..erm..bila la nak abis ek?. Tapi saya harap semua yang berada di UDM tetap dengan semangat kemerdekaan. Sepatutnya kita bersyukur yang bulan kemerdekaan pada tahun ini jatuh pada bulan Ramadhan. Kita berbanyakkan amalan sunat seperti solat sunat hajat dan solat sunat taubat supaya kita dikurniakan sebuah negara yang aman, tenteram dan diredhai Allah SWT selamanya.. InsyaAllah.

Saya bukan mahu berbicara mengenai sejarah Malaysia kerana perkara ini sepatutnya menjadi 'basic' dalam hidup tak kira la pelajar ke..buruh ke..suri rumah atau sesiapun yang selayaknya dipanggil rakyat Malaysia. Memang negara kita kaya dengan pelbagai bangsa , agama dan budaya. Kita patut beryukur kerana dikurniakan perpaduan dan jalinan ukhwah yang harmoni dari dulu sampai sekarang. Mungkin kisah atau peristiwa 16 Mei 1969 menjadi iktibar yang sangat diingati oleh semua orang mengenai 'kesilapan' memahami konsep perpadaun kaum. Semoga peristiwa seumpama ini hanya sebagai rentetan sejarah dan tidak perlu diteruskan sama sekali..Melayu, Cina, India tetap kekal sebagai bangsa utama disamping kaum lain seperti Benggali, Iban, Dusun, Kadazan, Melanau dan lain-lain hidup dengan toleransi di bawah payung kemerdekaan yang sekian lama kita pertahankan.

Saya tertarik dengan tema tahun ini iaitu, "satu malaysia: rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan'. Tema tahun ini yang mana hasil ilham Yang Berbahagia Dato' Seri Najib bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia ke - 6 berjaya membuka mata rakyat Malaysia mengenai kepentingan perpaduan kaum. Mungkin Dato' Seri Najib nanti dinamakan Bapa Perpaduan. Oppzz.... sudah ada..maknanya kne cari Bapa 1 Malaysia ataupun Bapa Evolusi Minda.hehehe... Perjuangan yang ditonjolkan oleh YAB Dato' Seri Najib bin Tun Abdul Razak adalah selaras dengan apa yang telah dibawa oleh bapa beliau,Tun Abdul Razak. Sebagai Bapa Pembangunan, Allayarham Tun Abdul Razak terjenal dengan sifat "turun padangnya'..melawat kampung-kampung dan kawasan sekolah2 luar bandar. Ini cukup untuk memberi pandangan positif rakyat terhadap kepimpinan beliau yang tidak pernah kenal erti penat lelah dalam menyatu padukan rakyat. Dengan tertubuhnya FELDA dan FELCRA, kita dapat lihat ia membantu penuh dalam meningkatkan sosioekonomi orang melayu khususnya yang berada di kawasan-kawasan desa.. SEDARLAH untuk diri kita..erm..

Walaubagaimanapun, kemerdekaan tidak bermakna jika kita sering bercakaran sesama sendiri. Almaklumlah banyak sangat fahaman politik. Berpolitik tidak salah tapi bukan semua 'bahan politik' adalah betul. Kita beria-ia kata sudah mempunyai minda kelas pertama tapi hakikatnya kita sering mahu menyalahkan orang lain. Kita alpa dengan tanggungjawab kita sebagai pemimpin tapi apa yang penting adalah kepentingan peribadi. Isu Islam adalah isu semua. Semua berhak untuk menegetahui hal sebenar tapi jangan pandai2 atau 'ringan mulut' untuk membuat kenyataan kerana ia adalah berkaitan dengan akidah kita sebagai umat ISlam. lagi2 di bualn yang mulia ini. Di kesempatan ini lah sepatutnya naluri mohon kemaafan itu timbul jika betul2 hormati bulan yang mulia ini. Jadikan ia sebagai satu permulaan dalam bentuk muzakarah atau perbincangan. Tidak kira la kita dari parti BN ( dulu Perikatan), Pas, PKR , DAP ataupun mana-mana parti...yang penting adalah kerjasama dalam membangunkan negara, bangsa dan agama. Jika sedar Malaysia adalah negara ISLAM kita bangunkan ikut syariat Islam..tiada kompromi..tiada sekular atau liberal....Hormati pemimpin tetapi pemimpin pun perlu mendengar rintihan dan cadangan dari pihak lain supaya asas perpaduan tetap terpelihara walau kita berada dalam apa jua keadaan sekali pun.





3 comments:

  1. salam..:)

    Terima kasih yg x terhingga kepada pejuang2 negara yg telah berjuang demi memerdekakan negara dari cengkaman penjajah..turut diingati malah sepatutnya lebih diingati para pejuang Islam yg terdahulu kerana sanggup syahid demi kasihnya terhadap agama. Malah mereka lebih hebat kerana telah memberikan sinar dalam ketamadunan Islam. Semoga dunia hari ini masih memiliki pejuang yg berani berdiri utk agamanya.

    p/s: kat mane ye blh beli kamus seperti yg dinyatakan dlm post tu?.sy nk search takrifan bapa evolusi minda..hehehe..tahniah ;)

    ReplyDelete
  2. salam fun.. memo bas tue ada nisa titipkan melalui zaim kepada fun..zaim da bagi kat fun ke? try la minta ngan dia.. tq

    ReplyDelete
  3. Salam Tuan,

    Saya menyokong usaha sebuah blog yang berkempen sekolah 1 aliran.

    Jadi saya turut mengajak Tuan untuk sama-sama menyokong usaha ini.

    Mohon dilawat:
    http://satusekolahuntuksemua.wordpress.com/

    Mohon dipamer logo SSS dalam blog Tuan juga.

    Terima kasih.

    ReplyDelete