Thursday, November 5, 2009

CERAMAH KESEDARAN KANSER UDM


Dr Yus sedang beri penerangan mengenai kanser
yang sering menyerang masyarakat Malaysia.

Tajuk : Ceramah Kesedaran Kanser
Tarikh : 29 October 2009 ( khamis)
Masa : 10.00 am - 11.30 am
Tempat : Perkarangan Pejabat Asrama Baru, Kampus KUSZA
Panel : Dr Yusniza, Pusat Kesihatan UDM
Anjuran : Pusat Kesihatan UDM bersama MPP UDM

Kanser Payu Dara?
Kanser Prostat?

ha..ini adalah kanser yang lazim menyerang kita samada si jelita mahupun pria tampan. Program Ceramah Kesedaran Kanser ini pada mulanya adalah dari idea Dr Yus sendiri yang melihat mahasiswa/i UDM kurang memberi response semasa Taklimat MAKNA ( Majlis Kanser Nasional) baru-baru ini. Jadi...ceramah santai ini telah dibuat yang objektifnya sangat mudah iaitu mahu memberi penerangan kepada mahasiswa/i UDM tentang bahayanya kanser dan cara-cara pencegahannya.. BAK kATA oRANG tua-tua... BAik MenceGah darIpada Mengubati,,yela..takkan dah parak baru kita hendak terkial-kial cari penawarnya..ha...........


Jumlah peserta pada awalnya sangat tidak memuaskan. Tapi... atas kerjasama beberapa wakil JPKP Kolej Kediaman dan MPP yang menyeru mahasiswa/i untuk join ceramah ini serta tindakan Pak Zakaria (pemandu ambulans) mengajak mahasiswi yang baru pulang dari kelas dan cafe ke ceramah ini membuahkan hasil. Seramai 57 peserta dapat dikumpulkan. Ia termasuk dengan penyertaan dari pegawai2 keselamatan UDM dan pegawai pejabat asrama baru.Tepat pukul 10.20 pagi..ceramah dimulakan.

Dr Yus yang kelihatan pink pada pagi tersebut bersemangat menyampaikan taklimat berkenaan kanser. Ia dimulakan dengan kanser yang menyerang manusia secara specific mahupun general. Antaranya adalah:
1) Kanser payudara
2) Kanser colorectal (colon + rectam)
3) Kanser Paru-paru
4) Kanser Servik
5) Kanser nasofaring (trakea)
6) Kanser Thyroid (glands)
7) Kanser hati
8) Kanser Perut
9)Kanser Prostat
10) Kanser Lympoma (lymp)

Saya ingin berkongsi beberapa kanser yang mempunyai possibility yang tinggi. Hal ini disebabkan kanser mempunyai 4 tahap jangkitan iaitu berasal dari sel-sel kanser, kawasan organ, organ secara keseluruhannya dan juga mesitalsis (peringkat bahaya). Kaedah rawatannya pula terbahagi kepada 3 peringkat iaitu:
1) Pembedahan - menyingkir atau membuang sel-sel kanser
2) Radiografi
3) Kemoterapi
Kanser payudara

-bergantung pada estrogen ( secondary hormone for women)
-possibilty kepada penghidap adalah dalam lingkungan 20 tahun dan ke atas
Cina ( paling ramai) > Melayu > India
-50% kurang daripada 50 tahun
-95% adalah perempuan dan 5 % lelaki (ha...laki pon ader gak tau)
tanda-tanda
i) datang haid awal
ii) lambat monopos
iii) tak pernah mengandung
kesan
i) kawasan puting
ii) lengan
iii) saiz payudara tak seimbang
iV)terdapat benjolan pada kawasan payudara


Kanser Paru-paru

- Kanser ke-2 yang serang lelaki selepas kanser colorektal
-di trakea ( saluran pernafasan)
-punca utama - MEROKOK
*mempunyai kandungan tar, carbon monoxide dan nikotin yang tinggi
* selain merokok, biasanya yang berada di kawasan kilang, asbestos gas dan arang batu
tanda-tanda
1) batuk yang kronik dan bercampur darah
2) sesak nafas-gas block di arteri dan vena
3) muka pucat/lesi


Kanser prostat

- cecair lebih kurang air mani
- penghidap biasanya berumur lebih 50 tahun
- 80% berumur lebih 60 tahun
tanda-tanda
1) air kencing susah nak keluar
2) sakit ketika buang air kecil
3) keluar darah dari uretra (penis)


*nampaknya Dr Yus agak terkejut apabila dihujani banyak soalan dari mahaiswa/i. Rupa-rupanya mereka begitu berminat untuk mengetahui tentang kanser dan cara-cara awal menanganinya. Selepas itu, terdapat acara cabutan bertuah yang dibuat oleh Presiden MPP UDm dan disampaikan oleh Dr Yus sendiri. Mahasiswa/i yang hadir disediakn jamuan ringan berupa kuih-muih dan juga bihun.
* Tapi...saya suka isi form survey yang diberi... ERM....saya berpandangan, ceramah sebegini perlu diadakan setiap 2 bulan sekali bagi memupuk kesedaran mengenai kepentingan manjaga kesihatan yang betul di kalangan mahasiswa/i kita.

Ader soalan lagi???

p/s- pernah cube hisap rokok tapi batuk tak henti-henti,dah taubat dah pon...hehehe

"KESIHATAN YANG BAIK MENYUMBANG KEPADA
KELUARGA BAHAGIA"

Sudah lama..

Salam sejahtera dan salam 1 malaysia..
wa..dah lame saya tak update blog nie..busy ckit kebelakangan nie..TEST, PROJEK HERBARIUM, PROJEK INSECT COLLECTION, PROPOSAL JEMAAH YDP KEBANGSAAN, KEM 1 MALAYSIA dan lain-lain...hehehe

Kebelakangan ini kita selalu dengar mengenai kejadian lemas di dada akhbar. Samada ia berbentuk kem ataupun mandi manda di kawasan berair. Jika kita perhatikan incident yang berlaku di Kuala Dipang...ia merupakan satu malapetaka apabila Kem 1 Malaysia semua sekolah rendah peringkat Negeri Perak meragut tiga nyawa... perkongsian yang ingin saya ceritakan di sini adalah keadaan jambatan gantung itu yang uzur. memang apabila kita bicarakan mengenai AJAL..itu semua ketentuan Yang Maha Esa...cumanya pihak berwajib perlu melakukan tinjauan di kawasan tersebut secara terperinci sebelum mahu mengadakan sebarang aktiviti di sana. Secara fizikalnya, jambatan gantung itu memang baik tetapi cube kita lihat permukaan kayu yang hampir keseluruhannya reput mampu mengundang maut....imbas kembali---- berita mengatakan terdapat beberapa pelajar sekolah rendah (peserta kem 1 Malaysia) melompat-lompat di atas jambatan gantung itu, dan mengakibatkan tali yang menyokongnya putus dan terjatuh ke dalam sungai yang deras...cerita ini telah disampaikan oleh beberapa saksi yang juga merupakan peserta kem itu...

SAya pernah ke tempat kejadian satu masa dahulu..memang keadaan di sana sangat menarik dan sesuai dijadikan tapak perkhemahan,,,tapi...seperti saya katakan tadi...kemudahan di sana perlu di 'upgradekan' supaya memberi keselesaan kepada pengunjung..tapi sekarang....ia lebih kepada keselamatan pengunjung...'pak guard' di sana pun janganlah tido je....Sekarang tempat kejadian menjadi tumpuan ramai untuk melihat bagaimana incident malang itu berlaku...

Erm....pengajaran ia mudah. PBT (pihak berkuasa tempatan) dan agensi lain perlu mempunyai kerjasama yang baik bagi menyediakan perkhidmatan yang 'tip-top' kepada customer.Saya bercakap di luar isu ini.. jangan la bila sudah berlaku sesuatu perkaraburuk seperti ini,kita baru nak merintih sedih dan menuding jari ke arah pihak lain. Di sektor pekerjaan juga...samada ia milik kerajaan mahupun swasta...perkhidmatan yang mesra pelanggan manjadi asas kepada kemajuan sesuatu syarikat. Kita sepatutnya tidak hanya fikirkan keuntungan semata-mata tapi lebih kepada kepuasan bersama...

Ingat!!!!

When we are dealing with people, we are dealing with their heart and feelings..sometimes, we need to change the rules because it make burden to people, but most of the times, people forget to change their attitude that might cause trouble to the other people...