Dr Yus sedang beri penerangan mengenai kanser
yang sering menyerang masyarakat Malaysia.
Tajuk : Ceramah Kesedaran Kanser
Tarikh : 29 October 2009 ( khamis)
Masa : 10.00 am - 11.30 am
Tempat : Perkarangan Pejabat Asrama Baru, Kampus KUSZA
Panel : Dr Yusniza, Pusat Kesihatan UDM
Anjuran : Pusat Kesihatan UDM bersama MPP UDM
Kanser Payu Dara?
Kanser Prostat?
ha..ini adalah kanser yang lazim menyerang kita samada si jelita mahupun pria tampan. Program Ceramah Kesedaran Kanser ini pada mulanya adalah dari idea Dr Yus sendiri yang melihat mahasiswa/i UDM kurang memberi response semasa Taklimat MAKNA ( Majlis Kanser Nasional) baru-baru ini. Jadi...ceramah santai ini telah dibuat yang objektifnya sangat mudah iaitu mahu memberi penerangan kepada mahasiswa/i UDM tentang bahayanya kanser dan cara-cara pencegahannya.. BAK kATA oRANG tua-tua... BAik MenceGah darIpada Mengubati,,yela..takkan dah parak baru kita hendak terkial-kial cari penawarnya..ha...........
Jumlah peserta pada awalnya sangat tidak memuaskan. Tapi... atas kerjasama beberapa wakil JPKP Kolej Kediaman dan MPP yang menyeru mahasiswa/i untuk join ceramah ini serta tindakan Pak Zakaria (pemandu ambulans) mengajak mahasiswi yang baru pulang dari kelas dan cafe ke ceramah ini membuahkan hasil. Seramai 57 peserta dapat dikumpulkan. Ia termasuk dengan penyertaan dari pegawai2 keselamatan UDM dan pegawai pejabat asrama baru.Tepat pukul 10.20 pagi..ceramah dimulakan.
Dr Yus yang kelihatan pink pada pagi tersebut bersemangat menyampaikan taklimat berkenaan kanser. Ia dimulakan dengan kanser yang menyerang manusia secara specific mahupun general. Antaranya adalah:
1) Kanser payudara
2) Kanser colorectal (colon + rectam)
3) Kanser Paru-paru
4) Kanser Servik
5) Kanser nasofaring (trakea)
6) Kanser Thyroid (glands)
7) Kanser hati
8) Kanser Perut
9)Kanser Prostat
10) Kanser Lympoma (lymp)
Saya ingin berkongsi beberapa kanser yang mempunyai possibility yang tinggi. Hal ini disebabkan kanser mempunyai 4 tahap jangkitan iaitu berasal dari sel-sel kanser, kawasan organ, organ secara keseluruhannya dan juga mesitalsis (peringkat bahaya). Kaedah rawatannya pula terbahagi kepada 3 peringkat iaitu:
1) Pembedahan - menyingkir atau membuang sel-sel kanser
2) Radiografi
3) Kemoterapi
Kanser payudara
-bergantung pada estrogen ( secondary hormone for women)
-possibilty kepada penghidap adalah dalam lingkungan 20 tahun dan ke atas
Cina ( paling ramai) > Melayu > India
-50% kurang daripada 50 tahun
-95% adalah perempuan dan 5 % lelaki (ha...laki pon ader gak tau)
tanda-tanda
i) datang haid awal
ii) lambat monopos
iii) tak pernah mengandung
kesan
i) kawasan puting
ii) lengan
iii) saiz payudara tak seimbang
iV)terdapat benjolan pada kawasan payudara
-possibilty kepada penghidap adalah dalam lingkungan 20 tahun dan ke atas
Cina ( paling ramai) > Melayu > India
-50% kurang daripada 50 tahun
-95% adalah perempuan dan 5 % lelaki (ha...laki pon ader gak tau)
tanda-tanda
i) datang haid awal
ii) lambat monopos
iii) tak pernah mengandung
kesan
i) kawasan puting
ii) lengan
iii) saiz payudara tak seimbang
iV)terdapat benjolan pada kawasan payudara
Kanser Paru-paru
- Kanser ke-2 yang serang lelaki selepas kanser colorektal
-di trakea ( saluran pernafasan)
-punca utama - MEROKOK
*mempunyai kandungan tar, carbon monoxide dan nikotin yang tinggi
* selain merokok, biasanya yang berada di kawasan kilang, asbestos gas dan arang batu
tanda-tanda
1) batuk yang kronik dan bercampur darah
2) sesak nafas-gas block di arteri dan vena
3) muka pucat/lesi
Kanser prostat
- penghidap biasanya berumur lebih 50 tahun- cecair lebih kurang air mani
- 80% berumur lebih 60 tahun
tanda-tanda
1) air kencing susah nak keluar
2) sakit ketika buang air kecil
3) keluar darah dari uretra (penis)
*nampaknya Dr Yus agak terkejut apabila dihujani banyak soalan dari mahaiswa/i. Rupa-rupanya mereka begitu berminat untuk mengetahui tentang kanser dan cara-cara awal menanganinya. Selepas itu, terdapat acara cabutan bertuah yang dibuat oleh Presiden MPP UDm dan disampaikan oleh Dr Yus sendiri. Mahasiswa/i yang hadir disediakn jamuan ringan berupa kuih-muih dan juga bihun.
* Tapi...saya suka isi form survey yang diberi... ERM....saya berpandangan, ceramah sebegini perlu diadakan setiap 2 bulan sekali bagi memupuk kesedaran mengenai kepentingan manjaga kesihatan yang betul di kalangan mahasiswa/i kita.
p/s- pernah cube hisap rokok tapi batuk tak henti-henti,dah taubat dah pon...hehehe
"KESIHATAN YANG BAIK MENYUMBANG KEPADA
KELUARGA BAHAGIA"
KELUARGA BAHAGIA"
prevention is better than cure...
ReplyDeletebagi kaum wanita boleh buat pemeriksaan awal..seperti pemeriksaan sendiri payudara
(PSP) secara fizikal. readers boleh layari portal my health (http://www.myhealth.gov.my)
'core needle biopsy' atau ujian mammogram utk mengesan tanda2 perubahan pada tisu payudara dengan menggunakan mesin x-ray.
Menurut kata Dr. Sulaiman Tamanang,Pakar Radiologi dan Perubatan Nuklear di Pusat Kebangsaan Kanser, Kuala Lumpur..lelaki dari negara Amerika dan Eropah lebih berisiko tinggi berbanding lelaki Asia.jadi anda x perlu terlalu resah :)..sebagai langkah bijak, diagnosa kanser prostat wajar dilakukan:
1.Pemeriksaan rektal digital (DRE)
2.Prostate-Specific Antigen (PSA) test
3.Transrectal Ultrasound (TRUS)
kanser paru-paru boleh menyerang sesiapa sje.tp yang berisiko tinggi mst la perokok both active and passive.pemeriksaan berikut boleh dilakukan iaitu Sitologi Kahak,Bronkoskopi atau biopsi paru-paru.
tiada kalam dalam Al-Quran mengatakan yang rokok itu tidak boleh dihisap apatah lagi haram. tapi menurut pengetahuan ilmu agama dan sains, rokok termasuk dalam kategori benda/bahan/perkara yang memudaratkan kesihatan.bermakna?..:)
semoga perbincangan secara ilmiah diteruskan..
salam takzim..