Tuesday, August 18, 2009

MESYUARAT MAJLIS PERUNDINGAN PELAJAR KEBANGSAAN (MPPK) BIL. 1/2009- BERSAMA Y.A.B TAN SRI DATO' HAJI MUHYIDDIN BIN MOHD YASSIN (TPM)


AGENDA: MAJLIS PERUNDINGAN PELAJAR KEBANGSAAN ( MPPK)
TARIKH: 9 JUN 2009 (SELASA)
MASA: 2.30 - 5.00 PM
TEMPAT: MALAYSIA INTERNATIONAL EXHIBITION & CONVENTION CENTRE (MIECC) , SERI KEMBANGAN

PESERTA: SELURUH MPP IPTA DAN BEBERAPA IPTS SEPERTI UNITEN, MMU, NOTTINGHAM UNIVERSITY, MONASH UNIVERSITY, UTP DAN UNISEL

ViP: DATO' SERI KHALED NORDIN ( MENTERI PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA)
PENGERUSI : Y.A.B TAN SRI DATO' HAJI MUHYIDDIN BIN MOHD YASSIN , TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA MERANGKAP MENTERI PELAJARAN MALAYSIA.

  1. YDP DAN PRESIDEN MPP MENGIRINGI Y.A.B TAN SRI DATO; HAJI MUHYIDDIN BIN YASSIN MASUK KE DALAM DEWAN. SEMUA TETAMU BERDIRI DAN MENYANYIKAN LAGU NEGARAKU. HADIRIN MENGAMBIL TEMPAT MASING-MASING
  2. MAJLIS DIMULAKAN DENGAN KATA-KATA ALUAN OLEH DATO' SERI KHALED NORDIN DAN KEMUDIAN MAJLIS DISERAHKAN KEPADA PENGERUSI MESYUARAT IAITU Y.A.B TAN SRI DATO' HAJI MUHYIDDIN BIN YASSIN
  3. PEMBENTANG2 MULA MEMBENTANGKAN ISU-ISU YANG DIKETENGAHKAN SEMASA PRA-MPPK PADA BULAN FEBRUARI LALU. IA DIMULAI DENGAN:
i) "PEMERKASAAN MUTU DAN KUALITI PENDIDIKAN SEKOLAH-SEKOLAH LUAR BANDAR NEGERI SABAH" OLEH UNIVERSITI MALAYSIA SABAH ( UMS)
ii) "TRANSFORMASI EKONOMI MALAYSIA KE ARAH PERSAINGAN KOMPETITIF" OLEH UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG (UMP)
iii) "CADANGAN PENUBUHAN PUSAT KAJIAN NON-TRADITIONAL SECURITY ISSUES"
OLEH UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA (UPNM)
iv) "ISU PENGANGKUTAN AWAM MELIBATKAN GOLONGAN PELAJAR DAN MAHASISWA" OLEH UNIVERSITI UTARA MALAYSIA (UUM)
v) " PEMBANGUNAN WANITA- PENUBUHAN MAJLIS MAHASISWI NASIONAL (MASIS) OLEH UNIVERSITI MALAYA (UM)

*KESEMUA ISU DIPERSETUJUI OLEH KERAJAAN DAN AKAN MENDAPAT PERHATIAN KHUSUS DAN Y.A.B TPM BERJANJI AKAN MENYELESAIKAN MASALAH-MASALAH YANG DIKETENGAHKAN OLEH WAKIL PELAJAR.

* KPT DAN PTPTN BERSETUJU UNTUK MENGADAKAN PEMOTONGAN PINJAMAN PTPTN SEBANYAK RM 1500.00 YG DIBERIKAN SEMASA KEMASUKAN KE UNIVERSITI SECARA BERPERINGKAT. HAL INI TELAH DIBANGKAITKAN OLEH JEMAAH YDP KEBANGSAAN YANG AHLINYA TERDIRI DARIPADA SEMUA YDP DAN PRESIDEN MPP IPTA YANG MEMOHON AGAR PEMOTONGAN DIBUAT SECARA BERPERINGKAT SUPAYA TIDAK MEMBEBANKAN PARA PELAJAR. TETAPI.....KPT MEMBUAT KEPUTUSAN IA ADALAH HAK AUTONOMI SESEBUAH UNIVERSITI UNTUK MENJALANKAN SISTEM TERSEBUT ATAU SEBALIKNYA.

*SELEPAS SELESAI, TERDAPAT BEBERAPA AHLI JEMAAH YDP KEBANGSAAN BERJUMPA DENGAN Y.A.B TPM UNTUK MEMBERI PERHATIAN TERHADAP KEADAAN POLITIK SEBENAR YANG SEMAKIN MENULAR KE DALAM KAMPUS. HAL INI MENYEBABKAN SISTEM DEMOKRASI YANG BERSIH DI DALAM KAMPUS TELAH 'TERPALIT LUMPUR' DENGAN TANGAN-TANGAN ORANG YANG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB. Y.A.B TPM BERSETUJU DAN MAHUKAN SIASATAN DIJALANKAN KERANA IA MENGGANGGU KETENTERAMAN MAHASISWA.

#KAMI DIBEKALKAN BUKU@ HIMPUNAN KERTAS KERJA MPPK SEPERTI DI ATAS.


PESERTA DARI UDM :
  1. MOHAMAD IRFANUDIN BIN ROSLI (PRESIDEN MPP UDM)
  2. MISLIAN BT SAINI (SETIAUSAHA AGUNG 1)
  3. MUHAMMAD NABIL BIN NURHALIM ( EXCO KEUSAHAWANAN)
  4. SHARIFAH KHADIJAH BT SYED IBRAHIM (EXCO PERTUBUHAN & KELAB)
  5. ONG YEW CHUAN (EXCO HUBUNGAN LUAR)

'TOGETHER WE ASPIRE TOGETHER WE ACHIEVE'


1 comment:

  1. disebalik konvensyen ini? hanya saya dan awak saja yang menyimpan "sejarah" itu... yang berlalu takkan berulang..

    ReplyDelete