Thursday, August 20, 2009

PTPTN bukan untuk ‘modal bercinta’ - petikan dari SINAR HARIAN pada 17 JUN 2009



SHAH ALAM – Presiden Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Darul Iman, Terengganu, Mohamad Irfanudin Rosli menyelar tindakan sesetengah mahasiswa yang menyalahgunakan wang pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk tujuan tidak bermanfaat.

Katanya, paling ketara, penyalahgunaan itu digunakan sebagai ‘modal bercinta’ sesama mereka sehingga sanggup menghadiahkan barangan berjenama untuk diberikan kepada pasangan masing-masing.

“Mahasiswa harus guna pinjaman itu untuk membeli barangan keperluan pengajian, selebihnya, boleh menabung untuk kegunaan masa depan.

“Jika mereka dapati ada wang pinjaman yang berlebihan untuk semester itu, tidak salah untuk bagi wang berkenaan pada ibu bapa di kampung. Tetapi, ia haruslah bergantung pada kebijaksanaan mahasiswa mengawal perbelanjaan mereka,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.

Katanya, penyalahgunaan wang pinjaman itu harus ditangani segera agar tidak menular dan menjadi fenomena biasa dalam kalangan mahasiswa.

“Taklimat khusus untuk mahasiswa tentang penggunaan wang pinjaman PTPTN yang sebenarnya akan diadakan dan MPP UDM sebagai badan induk akan bekerjasama dengan fakulti di sini untuk mewujudkan tabung kebajikan mahasiswa.

“Ia masih di peringkat perbincangan dan kita yakin, kewujudan tabung ini dapat membantu mahasiswa menggunakan wang pinjaman dengan sebaik mungkin,” katanya.

Sementara itu, pakar motivasi, Dr Tengku Asmadi Tengku Mohamad mencadangkan pada pihak universiti supaya menganjurkan bengkel pengurusan kewangan kepada semua mahasiswa agar mereka dapat menggunakan wang pinjaman PTPTN dengan baik.

“Kita mahu mahasiswa bijak berbelanja dan mengurus kewangan pada saluran betul.

“Walaupun kita tidak dapat selamatkan semuanya, sekurang-kurangnya kita dapat yakinkan pada sesetengah mahasiswa agar mereka celik wang,” katanya.

Beliau yang juga Presiden Pertubuhan Perunding Latihan dan Motivasi Muslim Malaysia (TAMRIN) menyokong usaha PTPTN wajar mengagih-agihkan wang pinjaman itu secara berperingkat pada setiap semester.

“Bila wang yang banyak masuk, mahasiswa sudah ada pelan untuk beli itu ini. Tidak sampai dua minggu, wang itu habis. Akhirnya, telefon keluarga, mintak masukkan wang belanja.

“Bila masukkan wang secara berperingkat, mahasiswa tidak akan menggunakan wang sewenang-wenangnya dan ini tentu dapat menyelamatkan penyalahgunaan wang pinjaman pada perkara tidak berfaedah,” katanya.


RESPONS

PERBADANAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGI NASIONAL MALAYSIA (PTPTN) sering memberi pinjaman kepada mana-mana pelajar yang mendaftar di IPTA setiap tahun.Seperti mana yang kita tahu, PTPTN ditubuhkan pada tahun 1999 dan memfokuskan kepada pelajar-pelajar yang mendaftar di institut pendidikan tempatan.

Remaja ini, ramai pelajar yang menggunakan perkhidmatan PTPTN 'lalai' kerana tidak bijak menggunakan kemudahan kewangan yang ada untuk menguruskan diri mereka dengan baik. Saya memberi respons tersebut di akhbar Sinar Harian apabila diminta mengulas tentang kesalahan pelajar yang menggunakan wang PTPTN sebagai modal bercinta. Jujur saya katakan....BERCINTA di Universiti tidak salah tapi kena ada pengurusan yang betul dan sistematik. Kita kena ingat, wang tersebut diberikan (pinjaman) adalah untuk memudahkan kita membeli alatan pembelajaran di samping menampung kos kehidupan kita di universiti. Jadi..kita mestilah bijak menggunakannya.

Bagi pelajar yang kurang bernasib baik seperti saya, wang PTPTN sangat bermakna.Bukan sahaja sebagai pembantu dalam pelajaran tapi untuk kegunaan keluarga. Memang semasa semester pertama kita agak 'kaya' dengan wang berganda tapi kita lupa apabila tiba semester kedua wang tersebut akan di potong sebanyak RM 1500.00 sekaligus di samping bayaran yuran akademik dan yuran asrama. Pada waktu ini, kita akan marah kepada pengurusan Universiti kerana berlaku KEJAM terhadap client mereka. NaaAHH......serve your right wahai pelajar...ingat la pada ketika kita peroleh wang yang banyak semasa semester pertama. Kaji semula sewaktu kita beli handphone baru, lap top, pakaian jenama yang amhal dan lain2. Wang itu ke mana? untuk apa sebenarnya??pernah ke kita fikir sebelum-sebelum ini??.....sekarang baru hendak menyesal....entah la sahabat..kamu dah besar kan....fikirla..

Jujur saya katakan, saya sokong bercinta waktu belajar. Ia sudah menjadi trend bagi pelajar-pelajar mencari pasangan waktu begini. Jika kita pernah dihalang oleh pensyarah atau sesiapa pon..mereka melarang kerana tidak mahu diri kita terjerumus ke lembah maksiat dan menjejaskan pelajaran kita. Tapi hakikatnya, mereka 'berpengalaman' dengan situasi bercinta semasa belajar..memang kelakar..tapi penuh dengan nasihat yang kita patut dengar sebagai iktibar dan panduan masa depan kita.. Saya ingin ketengahkan tentang isu pelajar-pelajar yang eager dan stimulated semasa berada di universiti seperti sudah 'boleh dabik dada' kerana berjaya memasuki institusi pengajian tinggi. TOLONGla..kamu masih mentah..dan mungkin nasib sahaja menyebelahi kamu dapat masuk ke tempat sebegini...erm.. MasyaAllah..insaflah adik-adikku..

Saya nak tegur la sikap sahabat-sahabat kita yang bergantung penuh kepada parent. Memang itu tanggungjawab mereka mendidik dan menyara kita tapi kita sepatutnya meringankan beban mereka. "Ma, duit dah abis la." atau "abah, bile nak masukkan duit adik nie?, adik dah takde duit langsung ni.".Ayat-ayat begini adalah sangat lazim bagi pelajar kerana mereka menganggap parent sebagi 'kantung duit' mereka...Bagi saya ia sangat biadap..dahla ibu mengandungkan kita sembilan bulan dan kemudian menjaga makan minum serta pakaian kita hingga kita dewasa..semua duit..duit dan duit... Pernahkah kita berfikir macam mana hendak bantu mereka..tapi kita masih bebankan mereka dengan semua hal ini..

Sahabat..pastikan langkah kita langkah lelaki sejati. Jangan pula kita sentiasa mahu menjaga imej dan brand pakaian kita, kita sanggup membebankan orang tua kita. Modal bercinta biarlah dari sumber pendapatan sendiri kerana dari situ bermulanya keberkatan untuk dirimu dan secara tak langsung menunjukkan bahawa dirimu seorang yang bertanggungjawab. Barulah macho wahai jejaka-jejaka.. Untuk gurl, sikap boros kamu akan makan diri kamu sendiri...sebab wanitalah akan menjadi 'menteri kewangan' dalam sesebuah keluarga. Pengurusan perbelanjaan yang kurang bijak akan merosakkan institusi keluarga keseluruhannya....-pandangan peribadi saya.






7 comments:

  1. hehe... mkn dlm tol ko pya entry ni... ak psrh... huhu... btw, welcome BLOGGER!

    ReplyDelete
  2. pernah ak mengenali si bdn yang besar di tengah2 korang. dia budak indonkn?.. hehe..

    ReplyDelete
  3. hurm..guys out there,dis entry must hv touch ur nerve (well a least a bit..hehe)..i do like to shop also..but hopefully i'm away from extravagance..hee~
    jgn boros2 ye dik...=)

    ReplyDelete
  4. erm.... saya tak rase awk ngate sy sebab awk sedang memberi nasihat kepada org lain dan bukannya saya... so, bolehlaa sy shopping lg neh?

    ReplyDelete
  5. saya malas nak update blog sendiri.. jap lagi saya wat org terase, so lebey baik sy kacau blog awak.. hahahaha....

    ReplyDelete
  6. saya terjumpa satu ayat yang best

    "abah, bile nak masukkan duit adik nie?, adik dah takde duit langsung ni."

    saya rase mcm familiar je ngan ayat ni.. tapi dengar kat mane eh?

    ReplyDelete
  7. PTPTN bukan modal bercinta..tapi modal untuk nikah..saya lagi setuju..salam dunia coretan tulisan intelektual rasional mahasiswa-satu lapangan masa pamitan tamadun insan berfikir...

    ReplyDelete