Friday, August 28, 2009

penemuan tebaru-kulit kerang sebagai ganti material tulang

Sakit tulang belakang?Patah tulang?...saya bersyukur apabila terbaca sebuah berita pada hari ini berkenaan terdapat satu alternatif dalam mengganti atau membaik pulih kecacatan tulang akibat kemalangan. Universiti Putra Malaysia (UPM) telah mengeluarkan produk 'Perencah Bio-seramik 3D berliang' hasil kajian penyelidik di UPM. Produk ini berasal daripada kulit kerang. ye....cengkerang kerang....its because there was contain high calcium and phosphorus that aiding in bone structure...Kejayaan ini telah membuka mata dunia bahawa Malaysia mampu untuk mencipta produk kesihatan.Justify Full
Kini terbukti bahawa kandungan kalsium dan phosphorus yang tinggi dalam cengkerang kerang dapat membantu memperkembangkan sel-sel sumsum tulang yang bermasalah atau terencat..Bagaimana cengkerang kerang ini berfungsi?..ha..sebelum produk tersebut ditanam ke dalam tulang yang ingin dibaik pulih, ia perlu disemai dan dieram terlebih dahulu dengan sel osteoblas yang boleh diperoleh daripada sum sum tulang pesakit...Di samping itu, produk 'Perencah Bio-seramik 3D berliang ' ini boleh dijadikan sebagai bahan-bahan kosmetik. (kaum wanita mesti tersenyum) hehehe

Berita ini sudah tentu menggembirakan seluruh rakyat Malaysia kerana masalah berkaitan dengan tulang semakin bertambah samada dari punca kemalangan, kecacatan ataupun sakit.Saya harap pengkaji dari UPM ini akan meneruskan research mereka memandangkan produk dari cengkerang kerang ini bakal mendapat sambutan yang menggalakkan....Tulang manusia bukan sahaja berfungsi sebagai sistem sokongan dan perlekatan otot2 tapi juga menghasilkan sel darah putih (leukosit) daripada sumsum tulang....Alhamdulillah..Allah sentiasa beri kita jalan jika niat dan tindakan kita adalah betul..Semoga ia akan menjadi perkabaran gembira kepada semua.....

p/s: Sudah 4 hari sakit pinggang la..wa..wa..wa..

1 comment:

  1. ermm.. elok sangat la mr.pres bace info tu... asyik sakit belakang je...

    ReplyDelete